Buletin

TENGKU ZAFRUL TERIMA ORA GOOD CAT DARI GWM MALAYSIA

Great Wall Motor Malaysia, baru-baru ini menyampaikan kenderaan elektrik ORA GOOD CAT kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz di pejabat MITI untuk pandu uji lanjutan.

Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan pembangunan EV di negara ini, selaras dengan sasaran MITI untuk menarik pelaburan EV sebanyak RM20 bilion menjelang 2025.

Sebelum ini, GWM Malaysia turut menyampaikan ORA GOOD CAT 500 Ultra kepada Setiausaha Am MITI.

“Industri EV mesti dilihat secara holistik, termasuk faktor perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan lain-lain,” kata Menteri MITI, Tengku Zafrul.

Presiden GWM ASEAN, Zhang Jiaming berkata bahawa kerjasama strategik dengan kerajaan Malaysia akan membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan dan penggunaan pengangkutan mampan di rantau ini.

GWM Malaysia menyatakan sedia memberi komitmen penuh untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memperkenalkan kenderaan lebih mesra alam ke pasaran Malaysia.

Google ads
Back to top button