Buletin

BEAULIEU SUPERCAR WEEKEND KEMBALI LAGI

Tanggal 5 – 6 haribulan Ogos 2017 nanti bakal berlangsung kembali sebuah festival permotoran terkemuka di Beaulieu, Supercar Weekend. Dikhabarkan sejumlah 400 unit supercar bakal menyertai kembali acara yang menghimpunkan deretan kereta idaman hati sang pria dan juga sang wanita.

BACABATMOBILE SI ADIWIRA DI BEAULIEU HOT ROD & CUSTOM DRIVE-IN DAY

BACASUPERCAR ELEKTRIK NIO EP9 – JENTERA EV TERPANTAS DI DUNIA

Acara yang bakal berlangsung di perkarangan National Motor Museum, sebuah muzium permotoran yang ulung di bumi United Kingdom ini bakal memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat koleksi supercar selain daripada pengunjung berpeluang melihat pemilik supercar melakukan demo mengelilingi perkarangan kawasan. Layan juga sebenarnya bunyi supercar ini, serupa bunyi guruh berdentum. Eceh!

Acara Beaulieu Supercar Weekend ini turut menyaksikan pertarungan antara jenama supercar terkemuka dunia yang pasti akan menampilkan model terhebat yang ada. Bumi British akan diwakili oleh jenama Bentley, Jaguar dan juga Aston Martin bagi memberikan saingan kepada jenama dari Itali seperti Lamborghini, Ferrari dan tidak lupa Alfa Romeo.

Manakala jenama dari Uncle Sam pula akan diwakili jenama Ford yang diwakili oleh Mustang, Mercedes AMG pula mewakili Jerman. Jenama dari Jepun pula sudah tentu akan diwakili oleh Nissan GTR, Lexus dan juga Daihatsu (ok, yang ini Brader Karrager acah saja)

Keterujaan pasti dapat dirasakan tatkala apabila melihatkan sekawan supercar yang dianggap sebagai lagenda,Jaguar XJ220 yang genap usianya 25 tahun, sebuah jentera yang menggunakan enjin turbo berkembar 3.5 V6. Dah besar panjang dah dak XJ220 ni kan. Melihatkan kelibat salasilah Ford GT yang akan turut diwakili dari zaman terdahulu membawa ke masa kini, pasti akan turut menarik minat khalayak juga.

Sebagai jenama lokal, sudah tentu para penggemar supercar boleh melihatkan jentera dari Lotus Club akan turut menampilkan jentera mereka yang tidak kurang hebatnya selain daripada Porsche Club Great Britain yang bakal membariskan juga sekumpulan supercar milik mereka.

Nah, jikalau ada yang berminat nak pergi bolehlah menempah tiket secara atas talian £19.50 (RM106) bagi kemasukan untuk sehari. Atau pun jika anda punya sebuah jentera supercar, Alza V8 misalannya bolehlah juga menghantar emel ke [email protected] untuk turut sama menyertai Supercar Weekend ini.

Sumber : Beaulieu

Google ads
Back to top button