Buletin

BELI KERETA VOLKSWAGEN, NIKMATI PENJIMATAN SEHINGGA RM10,000!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan rebat eksklusif ke atas semua model Volkswagen.

Sah sehingga 31 Disember 2021, pelanggan yang membeli Arteon R-Line 4MOTION akan menerima penjimatan sehingga RM2,000.  

Mereka yang membeli SUV tujuh tempat duduk, Tiguan Allspace akan mendapat rebat eShowroom. Selain penjimatan tambahan sebanyak RM4,000 bagi Tiguan Allspace Highline dan RM2,000 untuk Tiguan Allspace R-Line.

Pembeli sedan Passat akan menerima penjimatan eShowroom RM3,500. Varian Passat Elegance hadir dengan diskaun tambahan RM6,500 dan insurans selama setahun. Manakala varian Passat R-Line yang lebih sporty pula ditawarkan dengan penjimatan RM5,500 dan petrol percuma selama setahun.

Sedia maklum bahawa semua model Volkswagen hadir dengan pengecualian cukai, jadi lebih banyak penjimatan untuk anda. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan bersama jaminan selama lima tahun, penyelenggaraan percuma tiga tahun dan perbatuan tanpa had.

Maklumat lanjut, sila layari laman web https://eshowroom.volkswagen.com.my/ atau kunjungi pengedar Volkswagen berhampiran anda.

Google ads
Back to top button