Artikel Pilihan

RALI DAN TERMA YANG DIGUNAPAKAI

Rasanya Mekanika antara media yang kerap memaparkan berita tentang rali tempatan dan juga antarabangsa. Harus diakui, BK juga meminati sukan rali dan juga jentera rali Mitsubishi Evolution. Tapi mungkin ramai yang tidak berapa mengenali tentang terma terma yang digunapakai dalam sukan rali. Jom kita kenali tentang beberapa terma penting yang digunapakai

Scruitineering

Ini merupakan proses penilaian dan pengesahan yang dilakukan oleh pegawai FIA terhadap jentera rali yang bertanding bagi memastikan setiap regulasi yang ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh pasukan yang bertanding. Pemerikasaan akan dijalankan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan. Penalti boleh dikenakan sekiranya ianya tidak dipatuhi.

Parc Fermé

Selepas tamatnya sesuatu setiap hari perlumbaan, kesemua jentera rali akan ditempatkan di sini yang merupakan kawasan tertutup serta selamat. Tiada sebarang kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang dibenarkan sewaktu jentera berada di Parc Fermé. Hanya petugas rasmi sahaja dibenarkan untuk berada di sini.

Recce

Sebelum berlangsungnya perlumbaan, para krew sudah mula meninjau kondisi laluan dan trek menggunakan kereta standard untuk membuat Pace Notes. Walau pun menggunakan kereta standard, namun biasanya kereta tersebut turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti roll cages, tayar off road dan juga sump guard bagi menjamin keselamatan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Rallyshakedown-Mekanika-1024x604.jpg

Pace Notes

Walau pun dunia kini dilengkapi dengan gadjet namun bagi Juruarah dan Pemandu masih menggunakan teknologi 90an, pen dan juga kertas bagi membuat catatan Pace Notes. Juruarah bertanggungjawab untuk memberikan mencatat segala kondisi permukaan serta selekoh tajam untuk dimaklumkan kepada Pemandu agar dapat memecut atau pun berhati – berhati ketika keluar daripada selekoh yang mungkin terdapat batu besar di kiri dan kanan laluan.

Shakedown

Setiap Pemandu akan diberikan peluang ketika Shakedown berlangsung bagi mencari tetapan yang diperlukan sebelum berlumba agar dapat memberikan keputusan yang dimahukan. Sebarang perubahan kecil terhadap tetapan yang dibuat / diubah membabitkan pengendalian mahu pun pada enjin berupaya untuk memberikan jurang masa yang diperlukan untuk meninggalkan pesaing yang lain.

Power Stage

Ini merupakan perlumbaan peringkat terakhir berbanding Special Stage (SS) yang mana ianya dijalan lebih pendek berbanding SS biasa yang mungkin boleh mencecah sejauh 80 km. Dan disebabkan jarak yang lebih pendek dan berada di pusingan terakhir, maka ianya lebih sesuai untuk diadakan liputan siaran tv. Paling penting, Power Stage ini menawarkan pungutan mata bonus untuk lima Pemandu terpantas (5-4-3-2-1) malah Pengeluar juga berpeluang mengutip mata melalui dua pemandu terbaik mereka daripada kedudukan lima pemandu terpantas

BACA : FORD PUMA RALLY1 AKHIRNYA DIDEDAHKAN SEBAGAI PENGGANTI FORD FIESTA WRC

BACA : SUBARU IMPREZA WRC 2000 RICHARD BURNS INI BERNILAI LEBIH RM3 JUTA!

Google ads

B K

Back to top button