
BENELLI TRK 502 CATAT REKOD JUALAN DI ITALI
Benelli TRK 502 mencatat rekod jualan baharu di pasaran Itali dengan jualan 3,649 unit dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Pada tahun lalu, jumlah jualan yang dicatatkan adalah 3,569 unit di pasaran Itali sekali gus menjadi model paling tinggi jualan di negara terbabit..
Pecahan jualan Benelli TRK 502 di Itali selama 6 bulan pertama 2021 ialah 2,966 unit versi TRK 502 X dan 683 unit versi TRK 502.

TRK 502 X dijual pada harga €6,240 (RM30,728) di pasaran Itali lebih murah berbanding model GS tawaran BMW Motorrad diyakini antara penyumbang utama peralihan pilihan pembeli baharu motosikal adventure.
“Ini merupakan keputusan yang luar biasa dan sangat membanggakan.
“Prestasi ini merupakan indikator pilihan yang dilakukan syarikat untuk memberi peluang kepada lebih ramai menceburi dunia motosikal,” kata Pengurus Jualan Benelli Itali, Gianni Monini. – rideapart/motorciclismo
- BACA: BENELLI R18i. SUPER MOPED ENJIN 174CC, 18HP, BERMULA RM7,999 SEUNIT!
- BACA: BENELLI 752S KINI DI MALAYSIA. 3 PILIHAN WARNA, RM37,888 SEUNIT
- BACA: RIDER BENELLI TERCAMPAK KE DALAM SUNGAI PERAK, DISELAMATKAN OLEH PEMANCING UDANG
- BACA: BENELLI IMPERIALE 400. RM15,888 SEUNIT. SUDAH MULA DIEDAR KE SELURUH NEGARA