Artikel Pilihan

BENTLEY TAMATKAN ENJIN W12, GANTI DENGAN V8 PHEV.

Seperti yang dijangka beberapa tahun lepas, teknologi elektrifikasi dalam automotif akan menyaksikan semakin banyak enjin dinosour yang bersaiz godzilla akan digantikan dengan enjin yang lebih efisyen, cekap tenaga dan menghasilkan lebih banyak kuasa.

Terbaru Bentley telah mengumumkan bahawa enjin “Ultra Performance Hybrid” sebagai enjin terbaru yang akan menggenatikan enjin 6000cc turbo berkembar. Enjin terbaru PHEV ini adalah berasaskan enjin V8, walaupun dengan 4 silinder yang semakin berkurang tetapi akan menjana lebih banyak kuasa dengan bantuan motor elektrik dan juga sepasang turbo

Namun Bentley enggan mendedahkan kuasa sebenar enjin V8 PHEV ini, sebaliknya hanya membayangkan enjin ini lebih berkuasa daripada enjin Bentley Batur yang menjana 740 kuasa kuda, lebih 89 kuasa kuda daripada Flying Spur Speed dan Continental GT Speed

Bentley juga membayangkan yang enjin ini berupaya menjana sehingga 1000Nm tork dengan parameter tork beroperasi pada julat yang lebih lebar. Sebagai contoh Bentley Batur menjana 1000Nm tork dari 1750 RPM sehingga 5000 RPM.

Pek bateri yang dibekalkan membolehkan kereta yang digunakan untuk pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 80km. Tetapi enjin V8 Turbo PHEV ini bukanlah enjin pertama yang dihasilkan oleh Bentley, sebaliknya sebelum ini Bentley telah menggunakan enjin 2.9 V6 PHEV yang menjana 536 kuasa kuda dan 750Nm tork.

Enjin W12 6000cc merupakan enjin yang telah lama berkhidmat dengan Bentley, dihasilkan dalam 105,000 unit selama 20 tahun. Dalam tempoh tersebut, enjin ini telah menjadi lebih efisyen sebanyak 25% dan menjana lebih kuasa sebanyak 40%.

Bentley yang kini adalah sebahagian daripada kumpulan Volkswagen kini menyertai Audi dan Lamborghini yang meninggalkan enjin sesaran besar kepada enjin yang lebih kompak, dipasang dengan turbo dan juga sistem hibrid. Audi telah meninggalkan enjin V10 pada model RS manakala Lamborghini akan menggunakan enjin V8 PHEV pada model terbaru yang menggantikan Huracan

Volkswagen sendiri telah menghentikan enjin enjin 4000cc turbodiesel V8 manakala Bugatti pula menghentikan terus pengeluaran Chiron yang dipasang dengan enjin W16 dan menggantikanya dengan enjin V16 hibrid yang baru.

Bentley Ultra Performance HybridBentley Ultra Performance Hybrid

Google ads
"
"
Back to top button