
BENTLEY MEMPERKENALKAN 15 WARNA UNIK CAT SATIN BAHARU KEPADA PELANGGAN
Tipikal orang kaya, lagi banyak songeh. Entah iya ke tidak entah sebab BK tak pernah jadi kaya. Kaya budi mungkin. Tetapi Bentley Motors bersedia untuk menawarkan 15 warna unik cat satin baharu bagi memenuhi pemilik Bentley yang sudah semestinya kaya raya duit berkoyan.
Pengenalan warna cat satin yang baharu dan unik yang boleh dipesan terlebih dahulu ini hasil daripada maklum balas yang diberikan daripada pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan untuk menjadikan model Bentley mereka lebih unik dan bersifat peribadi.

Pilihan warna yang ditawarkan ini terdiri daripada ton klasik dan bersahaja kepada warna yang lebih berani dan kontemporari untuk memastikan bahawa terdapat pilihan yang sempurna untuk melengkapkan setiap model Bentley mengikut keinginan pemiliknya.
Setiap model Bentley yang menampilkan kemasan satin ini akan mengambil masa sehingga 55 jam untuk dicat sempurna, dengan hasil kerja menggunakan tangan oleh tenaga mahir daripada lelaku dan wanita di Excellence Centre for Bespoke Paint milik Bentley. Dan semuanya adalah menjadi tanggungjawab Bentley Dream Factory untuk membangunkan kemasan cat satin baharu ini.
Permulaan proses dimulakan dengan ketibaan setiap model dalam warna berkilat, sebelum digosok tangan, dibersihkan, ditopeng, kemudian disapu dan dibersihkan semula sebelum lakuer jernih disapu dalam dua peringkat untuk mencapai kemasan satin yang sempurna dan seragam.

Seperti semua kenderaan Bentley, setiap daripadanya akan diperiksa dan ditandatangani oleh Pasukan Kualiti Pengeluaran secara bebas yang memastikan setiap permukaan setiap panel akan melebihi jangkaan pelanggan. Pada masa hadapan, semua cat satin akan digunakan pada kereta Bentley di Kedai Cat tercanggih milik Bentley yang baharu, yang dijangka siap pada 2025.
Kemasan cat satin adalah unik dalam cara ia berinteraksi dengan zarah cahaya. Cat satin ini akan menyerakkannya ke seluruh permukaan kereta dan bukannya memantulkannya seperti kemasan berkilat tak tentu hala, bermakna cat satin menyerlahkan garis penggayaan kereta Bentley dengan cara yang tidak berkilat tetapi lebih menyerlah.
Senarai Cat Satin adalah seperti berikut
Anthracite Satin
Royal Ebony Satin
Storm Grey Satin
Light Sapphire Satin
Sequin Blue Satin
Topaz Blue Satin
Orange Flame Satin
Alpine Green Satin
British Racing Green Satin
Candy Red Satin
Cricket Ball Satin
Extreme Silver Satin
Light Grey Satin
Arctica Satin
Old English White Satin
BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI
BACA : JUALAN BENTLEY MENURUN GARA-GARA ORANG KAYA TAK NAK TAYANG KEKAYAAN. LAWAN HUKUM ALAM NI