Artikel Pilihan

TOYOTA SEDANG BANGUNKAN S-FR SPORTSTER – BETUL KE NI?

Toyota nampaknya sedang menjalani proses transformasi yang berterusan. Tiada lagi imej kereta orang tua dengan barisan model-model sports yang semakin bertambah bilangannya. Terbaru satu khabar angin bertiup di negara matahari tentang sebuah model baharu sedang dalam pembangunan. Sebuah sportster yang dinamakan Toyota SF-R.

Model konsep SF-R pernah dipamerkan hampir sedekad lalu di Tokyo Motor Show 2015. Ia diinpirasikan daripada Toyota Sports 800 1965 dan bakal menjadi model paling kecil dalam kelompok kereta sports yang menjadi impian Akio Toyoda. Sewaktu itu beliau masih lagi memegang jawatan CEO Toyota.

Kini Best Car melaporkan yang Toyota sedang berusaha untuk memproduksikan kereta sports kecil ini. Ia juga bakal berkongsi platform dengan Daihatsu dan Suzuki. Toyota juga mempunyai 5 peratus pegangan dalam Suzuki. S-FR dikatakan akan menggunakan platform yang sama dengan Daihatsu Vision Copen yang dipamerkan di Tokyo Mobility Show tahun lepas.

Jika benar khabar ternyata itulah punca Vision Copen menukar rekaan asal daripada FF ke FR. Ia juga bakal ‘melanggar’ peraturan enjin kei-car kerana menggunakan enjin 1.3 liter yang mampu menghasilkan sekitar 150 hp kuasa maksima. Ini dah macam sama dengan satu lagi model yang dikatakan bakal membuat penampilan kembali, GR Starlet.

Artikel tersebut juga menyebut yang SF-R bakal menggunakan gril yang lebih kecil dan rekaan lamp terbaru. Ia dikatakan bakal dilancarkan  menjelang 2026 ataupun awal 2027. Ini dah macam nak mencabar Miata.

Google ads
Back to top button