Buletin

YOUTUBER MENGAKU SALAH – SENGAJA BUAT PESAWAT TERHEMPAS DEMI KONTEN

Pada Disember 2021, seorang juruterbang bergelar Youtuber sanggup terjun dari pesawat kecilnya lalu terhempas di selatan California semata-mata demi konten.

Youtuber, Jacob, 29 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan sengaja membuatkan pesawat miliknya terhempas serta membuat kenyataan palsu bahawa enjin pesawat itu rosak ketika berada di udara.

Selain itu, Jacob turut menjelaskan, kandungan video berkenaan dirakamkan supaya dia meraih tontonan yang banyak sekali gus menerima wang melalui video itu.

Untuk rekod, sejak disiarkan di saluran Youtube pada 2021, rakaman dramatik itu mendapat lebih 3 juta tontonan.

Kejadian terbabit mendapat perhatian penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Beberapa minggu selepas kejadian itu, FAA menjalankan siasatan ke atas nahas itu dan mendapati Jacob telah membuang serpihan pesawat.

FAA akhirnya mengambil tindakan ke atas Jacob pada April 2022 termasuk menarik semula lesen juruterbang selain, bakal berhadapan hukuman maksimum 20 tahun penjara.

Menurut FAA, ramai pakar penerbangan mengulas bahawa Jacob gagal mengambil langkah asas iaitu menghidupkan semula enjin pesawatnya tetapi sebaliknya, begitu mudah untuk keluar sebelum membuka payung terjun.

Google ads
Back to top button