BuletinMotosikal

BERITA BAIK. MV AGUSTA SUDAH ADA PUSAT SERVIS RASMI YANG BARU

Berita baik buat pemilik motosikal MV Agusta di Malaysia. Setelah pemegang hak jenama ini, DNC Asiatic menamatkan perniagaan mereka, tiada kesinambungan bagi jenama Itali tersebut.

Hari ini Goh Brothers Motorcycles (GBMC) membuat pengumuman rasmi bahawa mereka telah dilantik sebagai rakan niaga baru bagi memberi perkhidmatan servis selepas jualan motosikal MV Agusta. Dalam siaran akhbar yang diterbitkan tadi, GBMC berkata perkongsian dengan pembuat motosikal Itali MV Agusta membolehkan mereka menerima semua motosikal MV Agusta di pasaran tempatan untuk penyelenggaraan, pembaikan dan tuntutan waranti.

Pusat servis MV Agusta rasmi terletak di The Gasket Alley, Petaling Jaya. “Kami berbesar hati untuk dipilih sebagai rakan kongsi bagi jenama motosikal premium ini di Malaysia dan kami akan memulakan proses penjenamaan semula.

Tiada lagi masalah bagi pemilik MV Agusra kerana kami telah menghantar sepasukan kakitangan untuk latihan ke Itali bagi memastikan proses penyelenggaraan yang mengikut prosedur operasi standard MV Agusta “kata Goh Kian Sin, pengerusi GBMC.

BACA: DEMAK DAN MV AGUSTA MALAYSIA “BUNGKUS”

MV Agusta bukan sahaja mengalami masalah pengedaran di Malaysia. Malah di kebanyakan negara, motosikal ini gagal berkembang sebagaimana jenama Itali yang lain. DNC Asiatic, yang turut menghasilkan motosikal berkapasiti kecil jenama Demak telah berundur dari perniagaan pada Mei lalu dipercayai kerana tidak mampu menanggung kerugian setiap tahun.

 

Tags
Google ads
Back to top button