Motosikal

KUALA LUMPUR KEMBALI MENYALA DENGAN JENTERA DUCATI SEMPENA WE RIDE AS ONE 2026

Pemilik jentera Ducati seluruh negara telah memeriahkan acara global Ducati We Ride As One 2026 baru-baru ini sekaligus meraikan ulang tahun ke-100 jenama ikonik itu. 

Seramai 500 pemilik Ducati seluruh negara telah terlibat dari sambutan kali ini sekaligus menjadikan antara pengumpulan terbesar komuniti Ducati yang pernah dianjurkan di Malaysia. 

Aktiviti komuniti ini mengambil tempat di beberapa bandar seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu. 

Acara kali ini turut menyaksikan penyatuan dari komuniti Ducati yang pelbagai antaranya Ducati Owners Club Malaysia (DOCM), pengedar Ducati, rakan kongsi dan peminat seluruh negara. 

Dalam pada itu, pihak Ducati Malaysia menerusi pengedar baharu turut menggunakan peluang tersebut untuk memberi peringatan tentang kempen recall (CR300) yang melibatkan sebahagian model Panigale V4 dan Streetfighter V4. Pemilik diminta menghubungi pengedar rasmi Ducati untuk membuat pemeriksaan lanjut. 

Untuk rekod, Ducati We Ride As One 2026 ini juga merupakan antara program sulung Ducati Malaysia dibawah pengedar baharu, Didi Group. 

Google ads
Back to top button