Buletin

GRAB PERLUAS PERKHIDMATAN DI SELATAN, UTARA. BANTU WUJUD PELUANG PEKERJAAN

Grab akan memperluaskan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat pada akhir bulan ini.

GrabFood serta GrabMart pula akan menyusul pada suku keempat tahun ini.

Selain di Selatan tanah air, ia juga akan memulakan operasi di Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Langkah tersebut merupakan sebahagian usaha Grab untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia.

Ia sekali gus membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja ekonomi gig dan perniagaan berkembang serta mencapai keseimbangan bagi industri ini terus mampan.

”Sebagai penyokong ekonomi digital, kami berbangga membawa teknologi kami ke komuniti di luar bandar dengan menyediakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang lebih selamat, boleh dipercayai dan berpatutan.

”Pada masa yang sama, kami mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan di seluruh ekosistem perkhidmatan kami yang merangkumi pengangkutan,
makanan dan pasar raya terutama di kawasan luar bandar,” kata Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia, Ben Chin. – MalaysiaGazette

Google ads
Back to top button