BERJAYA SOMPO TAWAR PERLINDUNGAN MENYELURUH TERHADAP BENCANA ALAM, SEDIA KEMUDAHAN LEBIH BAIK
Berjaya Sompo Insurance Berhad mengumumkan peningkatan signifikan kepada produk-produk SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe dalam usaha untuk menawarkan perlindungan dan kemudahan lebih baik kepada pemandu Malaysia.
Penambahbaikan ini menyediakan liputan menyeluruh terhadap peristiwa yang tidak dijangka dan bantuan jalan yang berharga, memastikan pemegang polisi dilengkapi dengan baik.
“Peningkatan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dan inovatif dalam memberikan keutamaan kepada kesejahteraan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif di Berjaya Sompo, Tan Sek Kee.
Menyedari ancaman banjir, tanah runtuh, dan ribut semakin meningkat, Berjaya Sompo meningkatkan liputan manfaat “Bencana Alam” kepada 100 peratus daripada jumlah polisi yang diinsuranskan.
Selain itu, penambahbaikan ini juga menawarkan penggunaan trak tunda 24 jam tanpa had secara percuma bagi kemalangan dan kerosakan, boleh diakses secara langsung melalui aplikasi mudah alih MySOMPO.
Melalui aplikasi MySOMPO, pemegang polisi dengan mudah meminta bantuan 24 jam, mengesan trak tunda mereka secara langsung dan menguruskan keperluan insurans.