Buletin

MG BAKAL MASUK PASARAN MALAYSIA DALAM MASA TERDEKAT

Morris Garages atau MG bakal memasuki pasaran Malaysia melalui SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd dalam masa terdekat.

Mantra ‘Passion Drives’ ini bukan sekadar slogan; MG mencipta kenderaan yang merupakan gabungan sempurna antara gaya, prestasi dan inovasi.

Sejak 1924, MG telah menjadi simbol kepada semangat muda dengan menggabungkan tradisi dan inovasi termasuk DNA perlumbaan sebagai terasnya, MG meninggalkan impak yang besar dalam sejarah automotif selama satu abad.

Bermula dengan kereta ikonik MG 14/28 Super Sports – sebuah karya agung Cecil Kimber, kepada MG T-Series pada tahun 1930-an dan revolusi MGB tahun 1960-an, MG telah mempamerkan komitmen terhadap inovasi sepanjang zaman.

Pada abad ke-21, MG meneruskan legasi ini dengan membawa teknologi canggih dan kelestarian menerusi model elektrik (EV) berprestasi tinggi, sambil mengekalkan DNA perlumbaannya, bagi mengukuhkan legasi yang menekankan kualiti serta prestasi.

Menurutnya, kejayaan MG adalah kerana kerjasama kukuhnya dengan SAIC Motor, pengeluar automotif terbesar China, yang menduduki tempat ke-84 pada tahun 2023 dalam penyenaraian syarikat Fortune Global 500.

Gabungan warisan British dan inovasi China bukan sahaja mengekalkan legasi MG tetapi juga memacunya ke peringkat lebih tinggi.

Dengan kehadiran global di lebih 90 negara dan jumlah jualan yang mengagumkan sebanyak 800,000 unit pada tahun 2023, jenama MG terus memikat pemandu di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button