Artikel Pilihan

SILAP TUNDA KERETA ELEKTRIK, BOLEH JAHANAM & DUIT TERBANG.

Kereta elektrik adalah kereta ciptaan manusia yang tidak sempurna, walaupun ia sebenarnya lebih mesra alam berbanding dengan kereta yang menggunakan enjin. Seperti kereta biasa, kereta elektrik boleh terdedah kepada kerosakan dan memerlukan khidmat penundaan (towing). Antara sebab kereta elektrik perlu ditunda termasuklah:

1. Tayar pancit – hampir semua kereta elektrik tidak dibekalkan dengan tayar kecemasan , disebabkan ruang simpanan kargo digunakan untuk memuatkan bateri dan komponen elektrik selain daripada mengurangkan berat pada kereta elektrik.

Tayar kecemasan tadi digantikan dengan pam angin dan kit pembaikan tayar yang hanya sesuai untuk digunakan kalau tayar terpijak paku. Kalau kayar terkoyak memang masak la dan kena panggil towing.

2. Bateri Habis – 65% kereta elektrik yang ditunda di Amerika mengalami masalah ini. Keadaan ini disebabkan perlbagai faktor luaran yang mengganggu anggaran jarak perjalanan kereta elektrik. Patut sampai ke pusat mengecas, tapi tersadai tepi jalan

3. Masalah brek – selain daripada brek yang menggunakan hidraulik untuk menghentikan kereta, EV juga beroperasi dengan menggunakan brek regenratif. Keadaan ini menjadikan sistem brek EV semakin kompleks

4. Kemalangan – sekiranya kereta elektrik terlibat dalam kemalangan dan merosakkn sistem penyejukan bateri, adalah lebih baik untuk EV tersebut ditunda ke pusat pembaikan bagi mengelakkan bateri menjadi rosak

Namun bagi menunda kereta elektrik anda, adalah dinasihatkan supaya anda menggunakan trak oenundaan dari jenis flat bed sahaja dimana trak ini akan menurunkan pelantar muatan, menarik kereta elektrik menaiki pelantar pada sudut 45 darjah dengan menggunakan winch dan menunda kereta elektrik anda di “atas trak”.

Berbeza dengan trak penunda yang lain, ada yang menunda dengan hanya mengangkat 2 tayar depan atau 2 tayar belakang sahaja. Kaedah ini adalah tidak sesuai untuk kereta elektrik atas sebab-sebab yang berikut:

1. Rekaan trenkuasa kereta elektrik -Kereta elektrik direka dengan menyambungkan motor elektrik kepada roda menerusi sistem gear tunggal sahaja. Rekaan sebegini adalah sangat efisyen dari segi penggunaan tenaga, tetapi ia tidak menawarkan ciri gear Neutral

Gear Neutral pada kereta elektrik ini hanya boleh diaktifkan ketika kereta dihidupkan sahaja. Sebaik sahaja pintu ditutup, kunci tiada dalam kereta dan sistem mengesan tiada pemandu maka gear akan bersambung terus dengan roda.

Jika kereta elektrik diheret semasa menunda, pergerakan tayar tadi akan menjana tenaga dan haba yang akan menyebabkan suhu motor elektrik dan bateri meningkat. Sekiranya sistem heat pump atau penyejukan tidak beroperasi, maka haba tadi boleh menyebabkan kerosakan komponen

Dalam sesetengah keadaan, pam untuk sistem minyak pelincir bagi sistem gear tunggal juga tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan sistem gear beroperasi dalam keadaan “kering” tanpa bantuan minyak pelincir yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan.

2. EV tiada gear N – atau gear Neutral seperti kereta biasa yang menggunakan transmisi manual ataupun automatik walaupun ada tombol Gear N secara fizikal. Apabila kita meletakkan tombol gear pada kedudukan N sistem ECU hanya membebaskan gear tunggal tadi supaya tidak menggunakan brek regeneratif dan menyahaktifkan semua sistem yang mengawal motor elektrik

Tetapi secara fizikalnya gear masih lagi bersambung dengan motor elektrik dan juga roda. Kalau anda memandu kereta elektrik dengan 2 motor pacuan semua roda, adalah sangat penting untuk anda menggunakan trak jenis flat bed

3. Transport mode -ya sesetengah kereta elektrik diberikan ciri Transport Mode seperti yang ditawarkan pada sesetengah model Tesla dan Nissan Leaf. Tetapi kebanyakan pakar menyarankan transport mode ini hanya digunakan sewaktu menunda kereta elektrik naik ke atas flat bed dengan bantuan winch sahaja bukannya untuk ditunda dari Perlis sampai Johor Bahru

Ini kerana transport mode ada limitasi dari segi kelajuan bagi menghalang kemalangan. Malah sesetengah ciri lain seperi ciri sistem suspensi udara juga akan dimatikan

4. Brek regeneratif – salah satu ciri unik yang ada pada kereta elektrik adalah brek regeneratif, dimana tenaga kinetik daripada kereta akan ditukar menjadi tenaga elektrik yang boleh disimpan dalam bateri bagi memanjangkan jarak perjalanan

Walaupun kereta elektrik kita menggunakan pacuan roda depan (FWD) atau pacuan roda belakang (RWD) yang membenarkan kita untuk menunda kereta tanpa menggunakan flat bed dengan kaedah mencangkuk salah stau bahagian ke atas, terdapat satu lagi isu teknikal yang perlu diperhalusi

Sistem brek regeneratif tadi walaupun beroperasi dengan motor elektrik, kemungkinan besar sistem sokongan brek tadi roda belakang atau roda depan. Melainkan kita benar benar faham bagaimana sistem brek regeneratif EV kita berfungsi, adalah lebih baik menggunakan flat bed.

5. Kurangkan risiko bateri rosak – seperti yang kita sedia maklum, bateri kereta elektrik dipasang di bahagian lantai kenderaan. Malah ada beberapa jenis kenderaan elektrik yang diasaskan dengan menggunakan cesi lama, pek bateri boleh dilihat daripada luar dan berada dekat dengan permukaan jalan

Walaupun dilindungi oleh lapisan pelindung, besar kemungkinan pek bateri boleh rosak dan tembus sekiranya terlanggar objek di atas jalan seperti batang besi. Keadaan ini boleh menyebabkan litar pintas berlaku dan bateri boleh terbakar terutama bateri jenis NMC (Nickel Manganese Cobalt).

Jadi selepas daripada ini, sekiranya kereta elektrik anda rosak maka mintalah trak penunda flat bed bagi menunda kereta elektrik anda ke pusat servis. Masalah dengan trak ini hanyalah saiz yang besar, menyukarkannya untuk beroperasi di kawasan sempit seperti parkir bawah tanah

Google ads
Back to top button