Buletin

BERMAZ UMUM HARGA BAHARU – MAZDA2 BERMULA RM74,670

Bermaz Motor semalam mengumumkan bahawa ia akan menyerap cukai jualan semua kenderaan Mazda yang ditempah sewaktu tempoh sifar GST.

Pengumuman tersebut turut melibatkan kenderaan yang diserahkan selepas 1 September 2018. Berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), harga semua model Mazda sekarang termasuk 10 peratus Cukai Jualan dan 6 peratus Cukai Servis untuk perkhidmatan selepas jualan.

Penetapan baru itu menyaksikan harga Mazda2 ditawarkan pada harga bermula RM74,670 (Mid-Spec) dan RM92,670 (LED Hi-Spec). Mazda3 bermula RM108,310 Mazda6 dari RM165,215 CX-3 berharga RM128,159 CX-5 dari RM132,389 CX-9 bermula RM288,610 MX-5 RF dari RM222,277 dan BT-50 bermula RM91,435 (OTR tidak termasuk insurans).   

Pengalaman pemilikan

Semua kenderaan Mazda (kecuali BT-50) akan menikmati jaminan kilang selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000. Selain penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun atau 60,000km.

Untuk menikmati lebih banyak manfaat daripada Mazda, pelanggan boleh memohon Kad Mazda Privilege yang membolehkan mereka mendapat diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti tulen. Di samping potongan 5 peratus untuk kos buruh dan 15 peratus ke atas barangan rasmi Mazda di cawangan yang mengambil bahagian.

Pemegang kad juga akan diberi rebat ke atas apa juga servis selepas jualan yang diperlukan selepas tempoh jaminan kilang lima tahun dan servis percuma.

Yuran cuma RM100 untuk tiga tahun yang akan bertindak sebagai sumbangan tidak dikenakan cukai. Ini kerana disalurkan ke program CSR Bermaz iaitu Mazda Medicare Fund.

Kad Mazda Privilege boleh dipohon di mana-mana bilik pameran serta pusat servis yang dikendalikan oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dan Prima Merdu Sdn Bhd. Anda juga boleh memohon secara dalam talian di https://mazda.com.my/Community/CSR/Mazda-PrivilegeCard.aspx?check=community

Google ads
Back to top button