Artikel Pilihan

10 PASUKAN YANG PALING TERUK DALAM SEJARAH PERLUMBAAN F1

Perlumbaan Formula 1 selain bertindak sebagai tempat untuk menguji teknologi dan kejuruteraan yang baru, boleh juga bertindak sebagai batu loncatan bagi melahirkan pemandu baru dan pasukan yang baru.

F1 menjadi perkara biasa bagi pasukan yang telah lama bertanding walaupun kadangkala pasukan besar seperti Ferrari dan Mercedes tidak terlepas daripada menghadapi masalah termasuklah masalah teknikal
Kali ini kita senaraikan beberapa pasukan kecil dengan prestasi yang cukup teruk satu ketika dulu sehingga terpaksa menarik diri dari persaingan

1. Forti – sebelum memasuki F1, Forti adalah pasukan yang sangat kompeten dalam saingan F3000. Forti kemudian bersaing dalam F1 dengan Pedro Diniz sebagai pelumba serta sokongan kewangan dari keluarga Pedro

Jentera FG01 yang digunakan pada tahun 1995 sangat perlahan dan tak cukup laju, masih menggunakan transmisi manual dan pencapaian terbaik ialah nombor 7 pda GP Australia

Pedro kemudian berpindah ke pasukan Ligier, menyebabkan Forti gagal memulakan 9 perlumbaan disebabkan tiada penaja dan menfailkan bankrap pada tahun 1996

2. RAM- tiada kaitan dengan trak jenama RAM dan merupakan pasukan yang mendapat sokongan kewangan daripada majalah Penthouse dan syarikat rokok pada tahun 1976

Pada tahun 1983, RAM gagal melayakkan diri sebanyak 12 perlumbaan daripada 15 perlumbaan yang diadakan. Selepas beberapa tahun, mereka gagal meraih sebarang pencapaian yang memberansangkan dan penaja mereka menarik balik tajaan. RAM terkubur pada tahun 1986

3. Zakspeed – merupakan nama besar dalam siri perlumbaan lain memulakan persaingan dalam F1 pasa tahun 1985. Sepanjang 5 musim perlumbaan pencapaian terbaik mereka hanyalah pada kedudukan nombor 5 pada tahun 1987

Dari tahun 1985 ke 1989 iaitu tahun terakhir, mereka gagal memulakan perlumbaan sebanyak 30 kali. Tapi pasukan ini mampu menjadi juara Le Mans pada tahun 2001 dan 2002 selepas keluar dari F1

4. AGS – Automobiles Gonfaronnaises Sportives merupakan pasukan yang diasaskan oleh pemilik stesen minyak di Gonfaron Peranchis dan memulakan perlumbaan di GP Itali 1986

Ia merupakan pasukan yang bermula di garaj stesen minyak dengan 7 pekerja sahaja. Daripada 6 musim dan 80 perlumbaan, AGS hanya layak memulakan 4 perlumbaan sahaja

Tapi AGS masih mendapat mata pada kedudukan no 6 GP Australia 1987 dan GP Mexico 1989 sebelum berkubur sepenuhnya pada tahun 1991

5. Osella- pasukan yang menjadi juara F2 pada tahun 1979 dan memulakan perlumbaan pada tahun 1980. Pasukan ini bertahan selama 11 musim tapi membawa pulang 2 mata sahaja.

Pasukan ini gagal melayakkan diri untuk berlumba sebanyak 83 perlumbaan daripada 132 perlumbaan. Selepas meninggalkan F1 Osella menjadinpasukan paling cemerlang dalam FIA European Hill Climb Championships dengan 20 kejuaraan

6. Coloni – memulakan cabaran F1 pada tahun 1987 tapi menjelang tahun 1990 dan 1991, Coloni gagal dalam semua ujian kelayakan masa sebelum perlumbaan. Pada tahun 1991, pasukan ini dibubarkan sepenuhnya

7.EuroBrun – merupakan pasukan gabungan Swiss- Itali memulakan perjalanan dalam F1 pada tahun 1988 dan dibubarkan pada tahun 1990. Keputusan terbaik yag pernah dibuat ialah pada nombor 11 di GP Hungary 1988

8. Life – pasukan dari Itali yamg berlumba sebanyak 1 musim sahaja pada tahun 1990 dengan menggunakan enjin W12 3500cc tapi kurang 100 kuasa kuda daripada pesaingnya yang lain. Pasukan ini gagal dalam semua ujian masa kelayakan pada tahun 1990 termasuklah 2 perlumbaan terakhir dengan menggunakan enjin V8

9. Mastercard Lola- pasukan dari British ini hanya sempat bertanding 1 perlumbaan sahaja pada tahun 1997 walaupun dibiayai oleh Mastercard. Lola memebuat perjanjian dengan Mastercard dengan keuntungan diperolehi oleh Lola akan dikumpul daripada pemegang kad kredit Mastercard “F1 Club”.

Pasukan ini gagal melayakkan diri pada GP Australia dengan Mastercard menarik diri daripada Lola dengan kerugian 9.7 juta USD sebelum pasukan ini meneruskan perlumbaan di GP Brazil.

10. Andrea Moda- seorang pereka kasut dari Itali iaitu Andrea Sassetti membeli pasukan Coloni dan dijenamakan semula sebagai Andrea Moda. Pasukan ini tidak dapat memulakan perlumbaan pertama musim 1992 selepas gagal membayar deposit perlumbaan sebanyak 100,000 USD

Bagi perlumbaan kedua, pasukan ini tidak memulakan perlumbaan disebabkan jentera tidak siap dan Andrea memecat semua pelumba disebabkan membuat kritikan terbuka pada pengurusan yang caca marba. Buktinya ialah pasukan ini gagal melayakkan diri untuk berlumba pada setiap perlumbaan tahun 1992

Kemuncaknya ialah pemilik pasukan iaitu Andrea ditahan pihak berkuasa selepas didapati bersalah membuat invois palsu pembelian komponen perlumbaan dan FIA meletakkan Andrea dalam senarai hitam selepas memalukan FIA di mata dunia

Ya dalam F1 apa yang penting ialah penajaan yang kukuh, kewangan yang mantap dan pasukan R&D yang sentiasa membuat kajian bagi menaiktaraf jentera. Bukan anda ada enjin yang berkuasa terus bercadang untuk masuk berlumba

Google ads
Back to top button