Buletin

BMW GROUP MALAYSIA PERKENAL BMW 530i M Sport CKD – RM388,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 530i M Sport sebagai model pemasangan tempatan (CKD) terbaharu di Malaysia.

Sedan sport perniagaan paling progresif itu menjadikan model ke-11 yang menyertai portfolio kenderaan CKD oleh BMW Group Malaysia.

“BMW 530i M Sport baharu ini terus menjadi model paling laris di Malaysia dengan lebih 100 unit telah diserahkan kepada pelanggan sejak diperkenalkan pada Mac lalu,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yung.

Keputusan untuk memasang BMW 5 Series generasi ketujuh itu merupakan bukti pelaburan dan komitmen jangka panjang BMW Group Malaysia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab strategik BMW Group di rantau Asia Tenggara.

Pakej M Sport

BMW 530i M Sport CKD menampilkan reka bentuk yang atletik, kemas dan berprestij.

Varian CKD itu dilengkapi ciri-ciri yang sama seperti komponen M Aerodynamics, brek M Sport, rim aloi ringan M, pedal khas M dan stereng dibalut kulit M yang diambil daripada pakej M Sport.  

Ciri bantuan pemandu seperti Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Approach Control Warning & Person Warning, Collision Warning, Park Assistant, BMW Display Key dan BMW Gesture Control turut ditawarkan.

Sedan itu didatangkan dalam warna putih, biru, kelabu serta dua warna baru iaitu hitam dan biru metalik. Ia juga hadir dengan pilihan uplhosteri dalaman berwarna hitam dan coklat (Cognac).

Sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah BMW, BMW 530i M Sport CKD boleh anda miliki pada harga RM388,800 seunit, bersama jaminan perbatuan tanpa had selama 5 Tahun, program servis berjadual percuma, program jaminan tayar BMW 2 tahun serta disokong oleh bantuan tepi jalan 5 tahun dan Program Hotline Kemalangan.

GALERI

Google ads
Back to top button