Buletin

MCLAREN ULTIMATE VISION GRAN TURISMO KHAS UNTUK PS4 – GERAM PULA TENGOK!

Sebelum ini, pereka permainan video, pelumba kereta dan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Gran Turismo, Kazunori Yamauchi telah menawarkan kepada pengeluar kereta supaya menghasilkan model GT masa depan untuk bersaing dalam permainan Gran Turismo Sport.

Tawaran dan seruan itu telah disahut oleh McLaren dengan menghasilkan model Ultimate Vision Gran Turismo. Kereta tersebut bakal dipaparkan secara eksklusif dalam permainan Gran Turismo Sport PlayStation 4 bermula 17 Oktober depan. Untuk kereta ini, pemain boleh memilih tiga tema hiasan iaitu Performance, Ulterior dan Noir.

Dengan bentuk yang meyakinkan, McLaren memaklumkan bahawa kereta ini bukanlah model prototaip yang akan dilancarkan sebagai unit produksi pada masa depan. Model ini walau bagaimanapun membayangkan ciri-ciri kereta yang boleh dihasilkan McLaren pada 2030 dan tahun-tahun seterusnya.

Menghasilkan kereta untuk dunia virtual lebih bebas dan tidak dipengaruhi oleh batas-batas dalam produksi kereta sebenar. Walaupun pasukan pereka McLaren Ultimate Vision Gran Turismo telah membina sesuatu yang di luar realiti namun model ini masih lagi memegang prinsip warisan sebuah kenderaan McLaren.

Oleh itu, rekaan pada kereta ini bukan sia-sia kerana garisan dan perinciannya mempunyai fungsi tersendiri. Sama seperti model produksi McLaren, Ultimate Vision Gran Turismo mempunyai bentuk kabin ala titisan air mata selain ruang penglihatan yang luas.

Dalam erti kata lain, model ini mempunyai kerusi pemandu di tengah-tengah kabin seperti McLaren F1 yang ikonik lama dahulu.

Model virtual ini ‘dikuasakan’ oleh enjin hibrid 4.0 liter V8 turbo berkembar yang memacu roda belakang manakala motor elektrik berkuasa tinggi diletakkan pada setiap roda depan. Pemain boleh menikmati kuasa maksimum 1150 PS dengan tork 1,275 Nm sejak dari mula bergerak hasil penggunaan nadi kuasa elektrik dan cengkaman semua roda.

Selain itu, pengalaman deria bunyi mestilah hebat apatah lagi memandu McLaren dalam kelajuan maksimum. Oleh itu McLaren memberi penekanan kepada sistem ekzos supaya ia sedap didengari walaupun dalam kabin kereta.

Permainan Gran Turismo Sport adalah keluaran terbaru siri Gran Turismo untuk Sony PlayStation 4. Permainan ini memberi peluang kepada pemain untuk memilih pelbagai kereta produksi dan konsep dan bersaing di salah satu 17 lokasi termasuk litar 24 Jam Nürburgring 24, Brands Hatch dan pelbagai litar kelas dunia.

McLaren Ultimate Vision Gran Turismo direka khusus untuk permainanan ini selain beberapa model McLaren produksi seperti 650S Coupe and 650S GT3.

BACA: DUIT BUKAN SEGALANYA – TAPI DUIT BOLEH BELI MCLAREN DENGAN WARNA UNIK INI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”33″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button