Artikel Pilihan

TESLA MODEL Y – LAKU KERAS TAHUN 2024

Kedudukan model kereta paling laris pada tahun 2024 sekali lagi diterajui oleh Tesla Model Y untuk tahun kedua berturut-turut, mendahului peneraju global yang bersejarah iaitu Toyota Corolla dengan perbezaan hanya sebanyak 100,000 unit terjual di seluruh dunia

Model ke 3 terlaris diikuti rapat oleh sebuah lagi produk Toyota namun dalam bentuk SUV/Crossover iaitu Toyota RAV4. Dalam statistik yang dikeluarkan INI, sumber data mendapatkan semua model sedan, kenderaan penumpang dan SUV/crossove/trak pikap ringan terlaris di dunia daripada 162 negara yang dijejaki setiap bulan berdasarkan laporan pihak berkuasa tempatan

Walaupun menerima sambutan yang agak dingin pada mulanya, namun transisi perubahan daripada kereta dengan enjin pembakaran dalam kepada kereta elektrik tetap berlaku dengan baik apabila Tesla Model Y membuktikan kemampuannya untuk kekal sebagai model terlaris dunia tahun 2023 dan 2024

Melihat pada data tahun penuh untuk 2024, Tesla Model Y berjaya dijual sebanyak dengan 1.09 juta jualan namun angka ini sebenarnya merosot sebanyak -1.2% berbanding tahun 2023. Malah model popular seperti Toyota Corolla yang berada di tempat kedua dengan jualan 1.08 juta jualan baharu juga menunjukkan kemerosotan jualan sebanyak -3.1%.

Tempat ke 3 dimiliki oleh Toyota RAV4 dengan jualan sebanyak 1.02 juta unit dengan peningkatan sebanyak 10.7%, dan diikuti oleh Ford F-Series dengan 903,454 jualan ( bertambah 1.5%). Di tempat ke 5 ialah sebuah lagi SUV dari Honda iaitu Honda CR-V dengan 738,743 jualan (bertambah 4.2%), tempat ke 6 ialah Chevrolet Silverado dengan jualan sebanyak 639,889 unit (bertambah 1.5%)

Pengeluar dari Korea iaitu Hyundai berjaya menempah nama dalam 10 model terlaris melalui model SUV Hyundai Tucson dengan jualan 609,014 unit terjual (berkurang 2.8%). Di tempat ke 8 sedan Toyota Camry -melaporkan jualan sebanyak 580,297 unit pendaftaran baharu (berkurang 9.1%)

BYD iaitu pengeluar kereta elektrik China turut berada dalam carta terlari dengan model BYD SONG dengan jualan 574,351 unit (naik 45.3%) dan di tempat ke 10 ialah Volkswagen Tiguan dengan jualan 543,351 (bertambah 10.5%).

Daripada 10 senarai terlaris ini, 6 model paling laku di dunia didominasi oleh model crossover/SUV dengan model elektrik masih lagi memgang takhta. Model sedan segmen C dan segmen D seperti Corolla dan Camry masih lagi diterima oleh pasaran buat masa ini

Dengan jualan Tesla yang terbantut pada awal tahun 2025, ada kemungkinan kedudukan Tesla mungkin akan merosot pada tahun 2025. Namun Tesla mengambil langkah pantas dengan melancarkan Tesla Model Y Juniper bagi bersaing dengan pengeluar kereta elektrik China

Mendapat tempat ke 9 ialah BYD Song, satu siri SUV crossover kompak yang dijual dalam petrol, hibrid plug-in dan konfigurasi EV tulen.Model ini dieksport ke pasaran Eropah sebagai BYD Seal U, dan di Asia Tenggara dan Oceania sebagai BYD Sealion 6.

Di Australia, BYD Sealion 6 menjadi hibrid (PHEV) terlaris di negara itu pada tahun 2024. Sehingga 5 Mac 2025, saham BYD meningkat 34%, manakala saham Tesla telah jatuh sebanyak -31%. Namun, Tesla kekal sebagai pembuat kereta paling berharga di dunia dengan penilaian $898B, turun daripada puncak nilaian semasa Disember 2024 sebanyak $1.4T.

Google ads
"
"
Back to top button