Buletin

BMW MALAYSIA TAWAR PROGRAM SERVIS DENGAN MINYAK ENJIN PREMIUM SHELL

BMW Malaysia, hasil kerjasama dengan Shell Malaysia baru-baru ini memperkenalkan program servis minyak enjin dan penyenggaraan BMW yang melibatkan minyak enjin premium: Shell Helix Ultra Professional ABB SW-4 Engine Oil.

Shell, pembekal bahan pelincir yang terbaik di dunia telah menjadi satu-satunya pembekal minyak enjin yang disyorkan untuk jentera jenama BMW Group di rantau ini sejak tahun 2015.

Program baharu ini menawarkan dua pakej terkini yang menarik buat pemilik BMW jangka panjang iaitu iaitu Pakej Servis Minyak BMW dan Pakej Nilai Servis BMW. 

Pakej Servis Minyak BMW menawarkan minyak Shell Helix Ultra Professional ABB SW-40 yang mampu melindungi dan memanjangkan jangka hayat enjin berprestasi tinggi. Minyak enjin tersebut diformulasi dengan PurePlus Technology yang unik.

Produk itu juga menampilkan Teknologi Pembersihan Aktif Shell yang membantu melindungi kuasa dan prestasi enjin daripada mendapan.

Formulasi penyejatan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 pulamengurangkan keperluan untuk menambah minyak secara kerap, selain menawarkan rintangan degradasi minyak yang lebih tinggi.

Pelanggan yang membeli dua pakej Servis Minyak BMW pada harga RM500 setiap satu, mereka akan menerima BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad bernilai RM250 sementara stok masih ada.

Pakej Nilai Servis BMW pula menawarkan pemilik kenderaan BMW dengan potongan harga sebanyak 30% bagi alat-alat.penyenggaraan Original BMW seperti brek, bilah pengelap cermin, palam pencucuh, penapis mikro dan penapis udara.

Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/exclusive-offers/take-joy-further.html.

Google ads
Back to top button