
BMW OIL INCLUSIVE PROGRAMME – BOLEH BUAT BAYARAN ANSURAN BULANAN DENGAN EZYPAY MAYBANK
BMW Group Malaysia menawarkan BMW Oil Inclusive Programme ke atas semua kenderaan BMW menerusi pelan Pembiayaan Ansuran Maybank.
Jadi, para pemegang kad Maybank kini boleh menikmati tempoh pembayaran ansuran selama 6 hingga 12 bulan melalui cara Ezypay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500.

Pelan bayaran ansuran bulanan ini boleh digunakan untuk semua transaksi selepas jualan termasuklah servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, pembaikan, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.
“Matlamat kami adalah supaya pelanggan dapat menikmati kereta mereka dan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, biarpun selepas tempoh servis asal tamat,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.
BMW Oil Inclusive Programme membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mereka dalam tempoh tahun atau perbatuan tertentu pada harga yang kompetitif bersama pilihan 5 Tahun / 60,000km atau 5 Tahun / 100,000km.

Sebagai contoh, sebuah BMW 1 Series yang didaftarkan pada tahun 2013 yang kini sudah tamat program servis dan jaminan dengan perbatuan sekarang ialah 70,000km. Dengan mendapatkan BMW Oil Inclusive Programme 5 Tahun / 100,000km, ia akan membolehkan pemilik terus menikmati program Servis Berjadual Percuma untuk BMW 1 Series tersebut sehingga tahun 2023 atau 170,000km, mana-mana tiba dahulu.
Jadual di bawah menunjukkan anggaran kos bagi setiap servis mengikut model*. Ia dikira berdasarkan kepada purata selang servis sejauh 10,000km, mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.
|
Masa / Perbatuan (tahun – km) |
5 tahun / 60,000 km |
5 tahun / 100,000 km |
|
BMW 1 & BMW 2 Series |
RM 494 |
RM 342 |
|
BMW M2 |
RM 812 |
RM 548 |
|
BMW 3 & BMW 4 Series |
RM 519 |
RM 362 |
|
BMW M3 & BMW M4 |
RM 812 |
RM 548 |
|
BMW 5 Series |
RM 544 |
RM 377 |
|
BMW M5 |
RM 1097 |
RM 744 |
|
BMW 6 & BMW 7 Series |
RM 645 |
RM 447 |
|
BMW M6 |
RM 1097 |
RM 744 |
|
BMW X1 |
RM 503 |
RM 347 |
|
BMW X3 & BMW X4 |
RM 519 |
RM 362 |
|
BMW X5 & BMW X6 |
RM 595 |
RM 412 |
|
BMW X5M & BMW X6M |
RM 1080 |
RM 734 |
|
BMW Z4 |
RM 511 |
RM 352 |
|
BMW I8 |
RM 503 |
RM 347 |
Dengan BMW Oil Inclusive Programme, pemilik boleh menikmati harga tetap untuk 5 tahun akan datang kerana kenderaan mereka akan diselenggara oleh juruteknik bertauliah BMW.
Harap maklum bahawa BMW Oil Inclusive Programme merangkumi minyak tulen BMW (Sintetik Penuh), penapis minyak BMW dan kos buruh.

Ditawarkan ke atas kenderaan BMW yang tidak lagi mempunyai pakej BMW yang aktif, atau jaminan dan pakej Sservis BMW sudah tamat, selang servis kenderaan ini merupakan servis berdasarkan kepada kondisi dengan purata selang servis 10,000km.
Ia bagaimanapun mungkin berbeza mengikut tarikh pengilangan kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.
Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli BMW Oil Inclusive Programme baharu, sila kunjungi mana-mana pengedar sah BMW kegemaran anda hari ini.







