Motosikal

TAHNIAH HAFIZH SYAHRIN! – SAH BERLUMBA DALAM MOTOGP 2018 BERSAMA PASUKAN MONSTER YAMAHA TECH 3

Hafizh Syahrin Abdullah menjadi topik sensasi negara apabila secara rasmi diumumkan sebagai pelumba bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Ini  sekali gus memahat nama selaku pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang beraksi dalam kelas MotoGP di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia.

                                                         

Memulakan aksi profesional secara kompetitif seawal usia 13 tahun dalam perlumbaan satu pengeluar yang dianjurkan oleh Yamaha, pelumba berusia 24 tahun itu terus membuktikan keupayaan luar biasa apabila mendominasi perlumbaan tempatan dan antarabangsa.

Bersama pasukan Raceline kendalian Barry Leong, Hafizh kemudian mencatat nama sebagai juara keseluruhan termuda bagi siri kelas Novis dan CP130 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Selain pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa seperti di Kejuaraan Motosikal Asia, Australia, Sepanyol sebelum melangkah ke pentas MotoGP.

Pencapaian Hafizh selama 10 tahun sejak pembabitan secara profesional dalam arena permotoran negara sehingga ke hari ini merupakan antara contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya.

Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan sokongan pelbagai pihak dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata di mana perjalanan karier Hafizh dibantu dengan sokongan Program Pembangunan Bakat PETRONAS.

Seluruh komuniti Kejuaraan Cub Prix mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang sangat membanggakan ini. Ia nyata membuktikan bahawa program pembangunan sukan pemotoran negara berada di landasan tepat. Malaysia juga  tidak ketandusan bakat-bakat yang mampu mengharumkan nama negara.

Tidak lupa juga kepada Zulfahmi Khairuddin yang dipilih menggantikan Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2, Khairul Idham Pawi (Moto2) serta Adam Norrodin di dalam saingan Moto3.

kredit foto: Monster Yamaha Tech 3 & motogp.com

Google ads
Back to top button