Buletin

BMW R1300GS, PENGGANTI MODEL R1250GS, BAKAL DIDEDAHKAN TIDAK LAMA LAGI?

BMW R1300GS nampaknya semakin hampir untuk didedahkan. R1300GS itu akan jadi pengganti model R1250GS, dengan enjin lebih besar dan menggunakan sistem pendingin cecair sepenuhnya.

Bentuk tradisional GS masih dikekalkan selain banyak pelepasan tanah untuk tunggangan yang lasak. BMW R1300GS akan menggunakan rim tuang lima jejari dan berkemungkinan akan ada pilihan roda jejari dengan tayar tanpa tiub kerana ia merupakan identiti GS.

Angkup jejari hadapan kelihatan baharu namun kekal sebagai reka bentuk empat omboh. Terdapat juga modul elektronik yang terletak di antara forks, dipasang di bawah paruh ikonik itu, menunjukkan ia akan dilengkapi dengan sistem radar “cruise control” seperti model R1250RT.

Skrin meter kekal menggunakan skrin TFT yang mungkin bersaiz 10.25 inci seperti digunakan pada model RT, selain terdapat skrin hadapan boleh laras.

Pelekap enjin 1300cc sejukan cecair menunjukkan kerangka lama telah diubahsuai, berkemungkinan juga akan diganti sepenuhnya.

Paip ekzos dari jenis digilap dan menggunakan peredam berkembar Akrapovic adalah bukti bahawa motor itu sedia untuk pengeluaran akan datang. Jangan mengharapkan peningkatan dalam kapasiti lebih berkuasa kerana ia mungkin akan membantu memenuhi peraturan emissions.

Melalui intipan MCN tersebut, ia menunjukkan sudah bersedia untuk menonjol di jalan raya tetapi dikatakan kita perlu menunggu sehingga lewat 2023 untuk pendedahan rasmi.

Google ads
Back to top button