Motosikal

STEADY UTK PDRM, BMW R 1250 GS PERKASA TUGASAN

Jentera BMW R 1250 GS menjadi sebahagian ‘keluarga’ Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkasa tugasan badan beruniform terbabit.

Menurut hantaran Facebook PDRM, motosikal berkenaan akan digunakan dalam Kawalan Rapat Keselamatan bermotosikal dan Rapid Assault Team (R.A.T).

Ia akan dikendalikan Operatif UTK bagi penugasan Kawalan Rapat Keselamatan bermotosikal dan R.A.T yang bertanggungjawan sebagai kumpulan penggempur motosikal PDRM.

R.A.T ditubuhkan dalam memastikan tindakan pantas ke tempat krisis menghadapi ancaman keganasan yang berlaku sekitar Lembah Klang.

Dengan rekaan yang menarik dan garang serta mampu digunakan dalam pelbagai situasi, ia amat bersesuaian digunakan oleg pasukan UTK.

Dalam pasaran negara, BMW R 1250 GS dijual pada harga bermula RM117,500 dengan kuasa mampu mencecah 136 hp pada 7,750 rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm.

Jentera itu berupaya memecut melebihi 200 km/j. – FB PDRM

Google ads
Back to top button