Buletin

BMW X4 2019 KINI DI MALAYSIA – RM380K SEUNIT

BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan Sports Activity Coupe (SAC) terbaharunya, BMW X4.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, BMW Group telah menyerahkan lebih 200,000 unit BMW X4 di seluruh dunia.

Model generasi kedua yang dipasang di dalam negara itu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder berkapasiti 2.0 liter. Ia dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan dan paddle shifter bersama fungsi Launch Control.

Rangkaian kuasa itu mampu menjana kuasa mencecah 252hp dan tork 350Nm. SAC ini menawarkan pecutan maksimum 240km/j, 0-100km/j dalam masa 6.3 saat dan penggunaan bahan api 7.8 liter bagi setiap 100km.

Penggunaan komponen aluminium yang ringan serta keluli regangan tinggi berjaya mengurangkan berat sebanyak 50 kilogram.

Titik graviti juga lebih rendah berbanding sebelumnya. Memanfaatkan agihan berat 50/50, BMW X4 menjanjikan pengendalian mantap.

Jentera itu didatangkan dengan sistem pacuan semua roda xDrive, Adaptive Suspension, Variable Sport Steering, electronic differential lock, Hill-Start Assistant, Hill Descent Control dan Performance Control.

Penampilan luaran diserlahkan oleh gril radiator tiga dimensi yang lebar, bodykit M Sport dan rim bersaiz 20 inci.  

Ruang kabin dipasang dengan paparan bersaiz 10.25 inci, Navigation System Professional dengan Touch Sensitive Control Display dan BMW ConnectedDrive. Tidak ketinggalan, Head-Up Display berwarna.

Tempat duduk dibalut dengan upholsteri kulit Vernasca berwarna merah. Kemwahan ruang itu dingkatkan lagi dengan bumbung kaca panoramik dan sistem  bunyi bersama 16 unit pembesar suara daripada Harman Kardon.

BMW X4 didatangkan dalam lima warna menarik iaitu putih, hitam, merah dan biru.

Boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara mulai 1 Jun 2019, BMW X4 boleh anda miliki pada harga RM380,000 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button