Pandu Uji

BMW X5 – BERMULA RM558,800

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan model Sports Activity Vehicle (SAV) premium generasi ketiga, BMW X5 serba baharu. 

 SONY DSC

Ditawarkan dalam dua varian iaitu BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d, BMW X5 nyata menetapkan satu penanda aras baru dalam aspek pemanduan kenderaan sport aktiviti premium.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, BMW X5 kekal menjadi peneraju dalam segmen SAV premium. Sehingga kini lebih 850 unit BMW X5 berjaya dijual di Malaysia. BMW X5 baharu boleh didapati mulai hujung minggu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

 BMW-X5-Mekanika (1)

BMW X5 disifatkan sebagai sebuah kenderaan yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara reka bentuk,  sporty dan prestasi agresif di atas apa jua  permukaan jalan. Di samping aplikasi teknologi termaju daripada BMW EfficientDynamics dan BMW ConnectedDrive.

Reka bentuk  BMW X5 menggabungkan karekteristik model X yang sporty dan elegan. SAV ini turut menampilkan ciri-ciri aerodinamik dengan tahap pekali seretan 0.31cd, terbaik dalam segmennya.

 BMW-X5-Mekanika (2)

BMW X5 dijana oleh teknologi BMW TwinPower Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Ditambah dengan BMW EfficientDynamics, BMW X5 mampu mencapai pecutan lebih baik, selain dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi dengan signifikan.

BMW-X5-Mekanika (4)

BMW X5 xDrive35i dilengkapi enjin petrol enam silinder sebaris yang berupaya menjana kuasa sehingga  225 kW / 306 hp dan tork maksimum 400Nm. Kuasa ini membolehkan enjin mencatat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.5 saat. Penggunaan bahan api  sekitar 8.5 liter dan emisi C02 199 gram untuk setiap 100 kilometer. 

 SONY DSC

BMW X5 xDrive30d pula dikuasakan oleh unit enjin diesel enam silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 190 kw / 258 hp dan tork puncak 560Nm. Kuasa ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat. Kadar emisi karbonnya dikurangkan kepada 164g/km dan penggunaan bahan api hanya 6.2 liter bagi setiap 100 kilometer.

SONY DSC

SAV premium ini menawarkan para pemandu kemampuan untuk mengubah suai karekter keseluruhan kenderaan agar lebih menjimatkan minyak menerusi mode ECO PRO.

 BMW-X5-Mekanika (16)

Turut didatangkan sebagai ciri standard dan digabungkan dengan Navigation System Professional ialah sistem Route-Ahead Assistant. Ia menggunakan data daripada sistem navigasi untuk mengenal pasti selekoh, serta sempadan bandar raya, bandar dan kampung.

Pakej Suspensi Adaptive Comfort diperkenalkan buat pertama kali dan eksklusif pada model BMW xDrive35i. Ia merangkumi fungsi Dynamic Damper Control dan suspensi belakang pnuematik dengan ciri pelaras automatik untuk keselesaan maksimum. 

 SONY DSC

Kabin BMW X5 menyediakan ambien yang mewah. BMW X5 menawarkan konfigurasi tempat duduk belakang 40/20/20 dan kapasiti kargo lebih besar iaitu 1,870 liter, penambahan sebanyak 120 liter berbanding dengan model sebelumnya.

Tahap versatiliti diteruskan pada varian BMW X5 xDrive35i apabila ia dilengkapi dua kerusi tambahan, sekali gus menjadikannya kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk.

 BMW-X5-Mekanika (17)

BMW X5 didatangkan dalam warna putih, kelabu, dan hitam. Sementara warna coklat dan kelabu adalah warna tambahan eksklusif untuk BMW X5 xDrive35i. Warna perak pula menjadi warna eksklusif untuk BMW X5 xDrive30d.

Anggaran harga jualan runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans bersama BMW Service + Repair Inclusive, BS+RI) untuk BMW X5 xDrive35i  adalah RM 598,800 dan BMW X5 xDrive30d (RM 558,800) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button