Motosikal

HONDA NM4 VULTUS

Pada acara Osaka Motorcycle Show 2014 kali ke-30 baru-baru ini, Honda mengujakan orang ramai apabila mempamerkan model konsep Honda NM4 Vultus. 

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (9)

Dalam bahasa Latin, Vultus bermaksud wajah atau ekspresi. Maka, tidak hairanlah jika jentera ini memiliki rekaan begitu futuristik dan kelihatan seperti pesawat Stealth.

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (1)

Direka oleh sekumpulan jurutera muda berusia 20 hingga awal 30-an, bahagian hadapannya diinspirasikan daripada jentera masa depan yang dipaparkan dalam manga dan anime Jepun yang dikenali sebagai Japanimation.

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (3)

Honda NM4 Vultus dikuasakan oleh enjin bersesaran 745cc, lapan injap, SOHC dua silinder selari dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 54hp.

Enjin itu diletakkan di dalam kerangka berbentuk berlian dan disambungkan dengan transmisi klac berkembar DCT. Ia menawarkan tunggangan automatik dengan mode Drive, Sport dan manual.

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (4)

Menyentuh tentang aspek suspensi pula, jentera itu menggunakan fork teleskopik bersaiz 43mm dan penyerap hentak Pro-Link monoshock pada roda belakang. Sistem breknya pula terdiri daripada brek cakera bersaiz 320mm dengan dua angkup pada roda hadapan. Roda belakang pula dipasang dengan brek cakera bersaiz 240mm dengan satu angkup.

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (15)

Bagi meningkatkan kuasa membrek, Vultus turut dilengkapi sistem ABS dua saluran. Penampilan Vultus diserlahkan lagi menerusi rim aluminium sepuluh jejari bersaiz 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Honda-NM4-Vultus-Mekanika (12)

Di sebalik reka bentuk luaran yang dramatik, Vultus dilengkapi papan pemuka yang ringkas. Lampu latarnya boleh berubah warna berdasarkan kepada corak tunggangan. Terdapat 25 warna lampu disediakan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button