
BOMBARDIER CANADAIR 415 SUPERSCOOPER, BOMBA TERBANG DENGAN 6000 LITER AIR
Proses pemadaman kebakaran di California telah terjejas selepas sebuah daripada pesawat Bombardier Canadair 415 Superscooper telah mengalami kerosakan selepas sayap pesawat rosak akibat perlanggaran dengan sebuah drone
Pesawat ini merupakan sebuah pesawat yang telah direka 55 tahun lepas dengan tujuan utama pesawat ialah sebagai jentera bomba terbang yang boleh terbang dan memadamkan kebakaran hutan di kawasan terpencil serta sukar diakses dengan kenderaan darat
1. Asal usul pesawat ini boleh dikesan pada tahun 1966, yang direka khusus sebagai water bomber iaitu untuk memadamkan kebakaran. Varian asal dikenali dengan kod CL-215 dengan menggunakan enjin Pratt & Whitney R-2800 Double Wasp 18 piston radial yang menjana 2200 hp bagi setiap enjin
2. Model ini berupaya membawa sehingga 1400 liter air bagi setiap isian dengan menggunakan rekaan badan (hull) yang dihasilkan seperti bot. Jarak penerbangan ialah 1800 batu nautika bagi satu tangki penuh dengan kelajuan maksimum 180 batu/jam

3. Model CL-215 ini kemudian dinaiktaraf kepada mpdel CL-415 dengan enjin piston radial ditukar kepada turboprop Pratt & Whitney Canada PW100 yang menjana sehingga 2380 hp bagi setiap enjin. Dengan enjin yang berkuasa, panjang sayap telah bertambah kepada 19.82 meter untuk membawa bebanan yang lebih
4. Terdapat 4 tangki air dengan kapasiti sehingga 6,137 liter dibina dalam fiuslaj kapal terbang CL-415. Ia boleh dipenuhkan secara manual dengan menggunakan hos sewaktu pesawat berada di landasan kapal terbang.
5. Paling menarik ialah tangki ini boleh dipenuhkan apabila CL-415 terbang rendah atas permukaan air dengan menggunakan “scoop” khas yang beroperasi dengan sistem hidraulik dengan terbuka ke arah depan pesawat.
6. Dengan terbang sejauh 410 meter di atas permukaan air, semua tangki air ini boleh dipenuhkan dalam masa 12 saat sahaja pada halaju 130km/jam. Berat maksima pesawat apabila diisi dengan 6137 liter air boleh mencecah sehingga 21,319kg

7. Dengan tangki bahan api sebesar 4650kg, pesawat CL-415 boleh terbang tanpa henti selama 3 jam dengan jarak perjalanan sehingga 2427km. Pesawat ini boleh membawa sehingga 6 perjalanan untuk mengugurkan air pada kawasan kebakaran
8. Fiuslaj CL-415 direka dengan kedapan air yang baik bagi membolehkannya digunakan di atas permukaan air. Kerangka utama dihasilkan daripada aloi alminium terawat bagi mengelakkan masalah hakisan karat. Secara teori, pesawat ini boleh digunakan untuk mengangkut air laut tanpa masalah
9. Terdapat 4 pintu utama untuk melepaskan semua air yang dibawa dengan kawalan automatik oleh juruterbang dengan corak siraman air boleh dipilih secara automatik. Sekiranya sistem bermasalah, semua air boleh dilepaskan dengan menggunakan sistem kawalan manual automatik
10. Setiap pesawat Super Scouper berharga sekitar 30 juta USD per unit dengan syarikat Bridger Aerospace memiliki 6 buah pesawat dalam simpanan mereka bagi tujuan kebakaran. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penyewaan pesawat kepada pihak yang berminat bagi tujuan pemadaman api