
HONDA FREED e:HEV 2025 NAIK HARGA! PERUBAHAN PADA WARNA
Honda Freed generasi ketiga diperkenal secara rasmi di Jepun pada Jun 2024 dan menerima sambutan hangat dengan tempahan sekitar 38,000 unit dalam tempoh sebulan.
Honda membahagikan kenderaan pelbagai guna (MPV) ini kepada dua iaitu Freed Air yang membawa gaya urban dan Freed Crosstar tampil rugged dengan konsep aktiviti luar (outdoor).
Pelanggan yang mahu tampil lebih istimewa ditawarkan dua pakej aksesori Honda Access iaitu Freed Crosstar Active-Tough Style dan Freed Air Superior Style.
Selain sambutan hangat, Freed turut diiktiraf industri apabila memenangi Anugerah Japan Car of the Year (JCOTY) 2024 – 2025.
Untuk tahun 2025 Honda memperkenalkan Freed e:HEV yang dipertingkat selain perubahan harga disebabkan kenaikan bahan mentah dunia dan kos pengangkutan.
Perubahan model 2025 melibatkan penukaran bahan jernih yang digunakan di dalam cat.
Bahan jernih baharu meningkatkan lagi kilatan badan dan 1.5 kali ganda lebih tahan berbanding bahan jernih arkilik melamin sebelum ini.
Honda turut menambah penawaran kelengkapan keselamatan dan fungsi bantuan pemanduan yang sebelum ini tersedia pada Air EX dan Crosstar enam tempat duduk kepada semua varian Air EX, Crosstar dan Freed Slope.
Di antara kelengkapan dan sistem seperti Lampu Boleh Suai, Bantuan Mengundur, Sistem Kamera Pelbagai Pandangan dan Lampu Membelok Aktif LED.

Penambahan ini dibuat susulan permintaan pelanggan dan memberi lebih banyak pilihan.
Freed ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter i-VTEC dan padanan kotak gear eCVT. Kuasa yang dihasilkan 118 ps pada 6,600 rpm dan 142Nm pada 4,300 rpm.
Freed hibrid atau e:HEV digerakkan enjin 1.5 liter dengan dua motor elektrik dan menghasilkan 106 ps dari 6,000 sehingga 6,600 rpm dan 127Nm dari 4,500 sehingga 5,000 rpm.

Motor elektrik memiliki 90 kW (123 ps) dari 3,500 sehingga 8,000 rpm dan 253Nm dari 0 sehingga 3,000 rpm.
Pelanggan ditawarkan piihan pacuan roda depan (FF) atau empat roda (4WD). Bergantung kepada varian, Freed boleh memuatkan lima, enam atau tujuh penumpang.

Harga dan varian Honda Freed 2025:
Freed e:HEV 1.5L DOHC i-VTEC + 2 motor hibrid e-CVT
Varian | Pacuan | Penumpang | Harga Lama (Yen/RM) | Harga Baharu (Yen/RM) |
---|---|---|---|---|
FREED e:HEV AIR (FF) | FF | 6 orang | ¥2,857,800 (RM 82,309) | ¥3,022,800 (RM 87,062) |
FREED e:HEV AIR (4WD) | 4WD | 6 orang | ¥3,088,800 (RM 88,963) | ¥3,253,800 (RM 93,715) |
FREED e:HEV AIR EX (FF) | FF | 6 orang | ¥3,047,000 (RM 87,756) | ¥3,212,000 (RM 92,508) |
FREED e:HEV AIR EX (FF) | FF | 7 orang | ¥3,091,000 (RM 89,023) | ¥3,256,000 (RM 93,775) |
FREED e:HEV AIR EX (4WD) | 4WD | 6 orang | ¥3,278,000 (RM 94,414) | ¥3,443,000 (RM 99,166) |
FREED e:HEV CROSSTAR (FF) | FF | 5 orang | ¥3,162,500 (RM 91,087) | ¥3,327,500 (RM 95,839) |
FREED e:HEV CROSSTAR (FF) | FF | 6 orang | ¥3,206,500 (RM 92,354) | ¥3,371,500 (RM 97,099) |
FREED e:HEV CROSSTAR (4WD) | 4WD | 5 orang | ¥3,393,500 (RM 97,732) | ¥3,558,500 (RM 102,484) |
FREED e:HEV CROSSTAR (4WD) | 4WD | 6 orang | ¥3,437,500 (RM 98,999) | ¥3,602,500 (RM 103,751) |
Freed e:HEV Crosstar Slope 1.5L DOHC i-VTEC + 2 motor hibrid e-CVT
Varian | Pacuan | Penumpang | Harga Lama (Yen/RM) | Harga Baharu (Yen/RM) |
---|---|---|---|---|
FREED e:HEV CROSSTAR (Slope) | FF | 6 orang (5 / 6 apabila menggunakan kerusi roda) | ¥3,295,000
(RM 94,895) |
¥3,445,000
(RM 99,239) |