BuletinMotosikal

BOON SIEW HONDA AKAN LANCARKAN MSX125 BULAN DEPAN

Sewaktu pelancaran skuter kecil Honda Beat 110cc di Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lalu, kami sempat berbual dengan Dato Sri Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi Kumpulan Boon Siew Honda Sdn Bhd. Kami sempat menanyakan beberapa soalan mengenai perancangan masa depan BSH.

BACA- 4 FAKTA MENARIK HONDA MSX125

BACA- MSX SIAM JADI PANIGALE!

Seperti yang kita ketahui, sejak pemberhentian produksi Honda EX5 (original) pada 2014, BSH kehilangan pasaran yang besar. Mereka jatuh ke tangga kedua kini di belakang Yamaha. Justeru Honda Jepun telah menghantar “jeneral tentera” terbaik mereka, Nobuhide Nagata untuk mengepalai BSH sebagai CEO dan Pengarah urusan yang baru pada awal tahun ini.

honda-msx125-mekanika (4)

Ia dimulakan dengan pelancaran Honda Wave Alpha, kemudian model RS150R pada Jun lalu dan Honda Beat pada November. Terkini, mereka dijadualkan akan melancarkan Honda MSX 125 pada Disember.

Honda MSX 125 adalah kategori baru dalam era motosikal moden hari ini. Di Amerika, mereka ada Ruckus, pasaran global pula ada MSX/GROM di mana motosikal “mini” yang mensasarkan pemanduan bandar dan sebenarnya bukanlah model yang baru dibina.

BACA- THAILAND DAPAT MSX 125SF

BACA- SUZUKI BANGUNKAN PENCABAR MSX

Lama sebelum kawasaki KSR diperkenalkan dengan rim sekecil 12 inci, Honda sudah ada motosikal kecil yang dipanggil Honda Monkey. Masa saya kecil dulu pernah juga tengok motosikal ni yang pada mulanya saya ingat motosikal mainan!

MSX 125 ini dikuasakan oleh enjin satu selinder 4 lejang 125cc. Ia adalah enjin motosikal bersaiz penuh dengan pelbagai ciri menarik.

Honda-MSX125SF-Thailand-mekanika (6)

MSX dipasangkan dengan fork depan jenis inverted USD, brek cakera depan dan belakang serta instrumentasi LCD moden yang comel. Bentuk moden lampu LED nya juga sangat cantik bila dipadankan dengan motosikal bersaiz mini.

Kepada anda yang tertunggu-tunggu MSX 125, ia akan dilancarkan kurang tiga minggu dari sekarang. Harga? Tak dinyatakan, namun kami menganggarkannya akan dijual pada harga sekitar RM9,000 termasuk GST.

 

 

Google ads
Back to top button