BuletinMotosikal

BOON SIEW HONDA PERKENAL HONDA CB500X 2017, MUFFLER LEBIH SPORTY DAN TIGA WARNA BARU

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini memperkenalkan model 2017 Honda CB500X yang kini dilengkapi dengan peredam bunyi dan Warna Baharu.

Model 2017 CB500XA akan dilengkapi dengan peredam bunyi baharu akan ditawarkan dalam tiga warna baharu: Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red and Pearl Horizon White (Baharu untuk CB500XA).

BACA: BSH PERKENAL RANGKAIAN CB500 2016

Tidak dinafikan, CB500X merupakan antara motosikal kembara middleweight yang praktikal. Enjinnya mungkin tidak cukup berkuasa bagi sesetengah orang, tetapi motosikal ini sangat mudah dikendalikan sementara minyaknya cukup jimat. Jika anda biasa dengan motosikal ini, penggunaan bahanapinya hampir sama dengan motosikal moped kecil. Ya. ia sangat jimat.

Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair dwi selari dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang akan memberi pengalaman yang terbaik untuk penunggang jentera besar ini.

Proposi segi tiga ‘crankshaft’, shaft utama dan countershaft adalah serupa dengan Honda empat selinder RR enjin dan reka bentuk dalaman dan kejuruteraannya di ambil dari model CBR600RR dan CBR1000RR.

Enjin ini diaplikasikan dengan gerek dan lejang 67mm x 66.8mm yang menawarkan tujahan kuasa 37kW pada 9,000 rpm, manakala daya tork maksimum adalah 44Nm pada 7,500 rpm.

Reka bentuk omboh enjin ini adalah berasaskan dari CBR1000RR yang mengurangfkan bunyi “ketukan” omboh pada putaran enjin tingi. Selain daripada lampu LED depan dan belakang yang unik (pertama kali digunakan pada model 2016, ia juga dibekalkan tangki minyak 17.5 liter yang membolehkan penunggang untuk menunggang pada jarak lebih jauh.

Model ini boleh didapati di Pegedar Impian Honda mulai 9 Ogos 2017 pada harga bermula daripada RM 31,893.28 (CB500X – Jenis Standard) ke RM 35,391.28 (CB500XA – Jenis ABS). Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu)

Mazda CX30

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Honda CB500X, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   Atau hubungi talian pelanggan1800-88-3993 (Isnin ke Jumaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum)

 

 

Tags
Google ads
Back to top button