Artikel PilihanBuletin

GUNA SAMSUNG PAY DI STESEN PETRONAS – TAK PERLU BAWA DUIT DAN KAD KREDIT UNTUK BERBELANJA!

Tahukah anda sekarang ini ada teknologi baharu yang tidak memerlukan pengguna membawa duit, kad kredit atau kad debit untuk membeli barang?

Ya betul!

Hanya perlu bawa telefon pintar Samsung dan suakan saja pada terminal bayaran!

Teknologi ini dinamakan sebagai Samsung Pay dan menariknya ia boleh digunakan di stesen minyak PETRONAS.

Setakat ini, hanya PETRONAS sahaja yang menawarkan kemudahan pembayaran Samsung Pay mendahului stesen minyak lain dalam negara.

Insiatif ini sebenarnya dijayakan oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics (SME) supaya pelangan lebih mudah membuat transaksi tanpa perlu membawa tunai dan kad kredit mahupun kad debit.

KEMPEN DIGITAL

Selain itu, untuk menggalakkan supaya lebih ramai pelanggan menggunakan Samsung Pay dan datang ke stesen minyak tanpa susah-susah membawa duit tebal-tebal, PETRONAS dan Samsung sedang mengadakan kempen digital dari 10 Julai hingga 3 September 2017.

Caranya memang mudah sangat. Pengguna Samsung hanya perlu merakam gambar dan muat naik ke laman Instagram PETRONASBrands.

Kemudian, reka ayat kreatif dan kongsi dengan rakan-rakan dan kenalan sepanjang kempen berlangsung. Senang sangat kot, anak Abang Japar yang umur enam tahun tu pun boleh buat.

DAPAT HADIAH APA?

Sepanjang lapan minggu berlangsung, pemenang utama bakal memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan PETRONAS GiftCard bernilai RM150.

Tahukah anda Samsung S8 tu punyalah canggih sampai Abang Japar pening cari home button tak jumpa.

Pemenang tempat kedua pula bakal dihadiahkan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A7 dan juga PETRONAS GiftCard bernilai RM100.

Kalau tak berjaya menang telefon percuma, hadiah lain pun ada.

Lima pemenang mingguan tempat ketiga akan menerima Pek Bateri Samsung manakala lima pemenang sagu hati pula menerima PETRONAS GiftCard bernilai RM50.

SEKEJAP! PERIKSA JENIS TELEFON DULU

Sebelum itu, bukan semua pengguna telefon pintar Samsung ada kemudahan Samsung Pay. Periksa dulu senarai telefon bimbit seperti di bawah:

  • Samsung Galaxy S6 edge+
  • S7 edge
  • S8 & S8+
  • Note 5
  • A5 (2016 & 2017)
  • A7 (2016, 2017)
  • A9 Pro

Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang Samsung Pay boleh layari laman web ini: www.samsung.com/my/samsungpay  dan untuk kempen pula layari: http://www.mymesra.com.my/[email protected]_yourself_an_S8_and_many_more!.aspx

Selamat mencuba! Bila menang nanti boleh belanja kami okay!

Google ads
Back to top button