Buletin

BOSAN TUNGGU KERETA BARU? MINI AKAN HANTAR GAME JIGSAW PUZZLE KE RUMAH ANDA

Masalah kekurangan bekalan komponen kenderaan masih lagi membelenggu beberapa syarikat pengeluar kereta, sehingga memaksa sesetengah pihak untuk menghentikan produksi beberapa varian tertentu atau menawarkan diskaun kepada para pelanggan.

MINI mempunyai cara pendekatan yang lebih unik, di mana mereka akan memberikan kejutan kepada pelanggan mereka dengan menawarkan hadiah istimewa.

Di bawah kempen THE WE’RE-WORKING-HARD-TO-GET-YOU-YOUR-CAR, WAITING-IS-THE-WORST, IN-THE-MEANTIME-HAPPY-PUZZLING, MINI PUZZLE (Ya tuhan panjangnya nama!), MINI akan menghantar permainan berbentuk jigsaw puzzle terus ke rumah pelanggan mereka.

Sesetengah daripada mereka akan mendapat permainan jigsaw puzzle bersaiz sebenar, sementara pihak yang masih lagi dalam senarai menunggu akan mendapat puzzle bersaiz biasa.

Yang aneh-aneh sahaja ya? Tapi cara pendekatan ini merupakan salah satu cara MINI untuk menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan yang setia menunggu kehadiran kereta baharu masing-masing. – Motor1

Google ads
Back to top button