Buletin

KEMPEN ‘SATU BAHAGIAN ROSAK MAMPU MEMUSNAHKAN SEGALANYA’ BOSCH

Bosch Malaysia baru-baru ini melancarkan bengkel #GetItRight yang merupakan sebahagian daripada kempen utama ‘Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya’.

Bosch-One-Wrong-Part-Ruins-Everything-mekanika (1)

Kempen tersebut menggalakkan gaya pemanduan berhemah serta pentingnya penggunaan alat-alat ganti kenderaan yang berkualiti.

“Sebagai pembekal alat-alat ganti terkemuka dunia, Bosch menggunakan teknologi kejuruteraan inovatif Jerman agar kenderaan di Asia dapat bergerak dengan lebih selamat,” kata, Pengurus Automotive Aftermarket Bosch Malaysia, Pang Yoon Kong.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh selebriti terkenal, Awal Ashaari. Awal kemudian berkongsi beberapa tips pemeriksaan kereta mudah yang boleh anda dilakukan sendiri.

Bosch-One-Wrong-Part-Ruins-Everything-mekanika (5)

“Perkara pertama yang saya periksa adalah keadaan pengelap cermin kereta. Dengan Bosch Advantage Wiper, saya boleh menukar pengelap cermin dengan cepat dan tidak perlu membawa kereta ke bengkel,” kata Awal.

Bosch Malaysia memperkenalkan Bosch Advantage Wiper baharu sempena Hari Raya  Aidilfitri yang menawarkan prestasi mengelap tiada tandingan dan kualiti jarak penglihatan lebih baik.

“Dengan pengenalan Bosch Advantage Wiper baru, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk #GetItRight dan #StartWithBosch dengan memeriksa kondisi pengelap cermin kenderaan dan menggantikannya sebelum balik ke kampung,” kata Pang.

Bosch-One-Wrong-Part-Ruins-Everything-mekanika (3)

Mempunyai pengalaman yang luas dalam mereka bentuk dan menghasilkan pengelap berkualiti sejak tahun 1927, Bosch Advantage Wiper menampilkan ‘getah tropika’ yang  tahan rekah dan rosak akibat terdedah kepada matahari dalam jangka panjang.

Direka khas untuk pasaran Asia, pengelap itu mampu memberi ketahanan mengelap luar biasa, walaupun selepas 200,000 kitaran. Bosch Advantage Wiper didatangkan dengan plag penyesuai Fast-fit yang boleh dipadang pada 95 peratus kenderaan di Asia.

Bosch Advantage Wiper boleh didapati pada harga RM35 sepasang di Lazada dan kedai-kedai aksesori kereta utama. Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://startwithbosch.com/my/

Google ads
Back to top button