BuletinMotosikal

BOSCH BANGUNKAN TEKNOLOGI ANTI JATUH MENERUSI TEKNIK UNIK MARC MARQUEZ

Berbagai teknologi dibangunkan untuk menjadikan motosikal sebuah pengangkutan yang selamat. Hari ini, penggunaan sistem brek anti kekunci pada motosikal (ABS) tidak lagi dianggap mewah dan tak mustahil satu hari nanti, kawalan traksi, kawalan kecondongan dan beg udara akan dipasangkan pada motosikal kategori biasa.

Pembina teknologi ini banyak belajar dari perlumbaan. Misalnya, kawalan traksi, klac, kawalan kecondongan, semuanya dipelajari dari motosikal perlumbaan. 

Bosch pula sedang membangunkan teknologi terbaru untuk mengelakkan penunggang tergelincir jatuh. Bagaimanapun, Ia masih lagi di peringkat kajian.

BACA: 7 DARI 10 KERETA TAK HIDUP – MASALAH BATERI

Menurut Bosch;

“Ketika keadaan jalan licin di selekoh disebabkan kekotoran, daun, minyak roda motosikal akan menyebabkan motosikal hilang keseimbangan. Traksi akan hilang dan penunggang tiada peluang untuk memperbetulkan kedudukan motosikal.

“Kami memikirkan teknologi ketiga untuk meluruskan semula motosikal menggunakan pelancar jet roket”

Bosch menamakannya sebagai “sliding mitigation research project”. Konsepnya ialah menggunakan tujahan roket kecil dari arah bertentangan untuk menegakkan semual motosikal, sekaligus memberi cengkaman pada roda.

Jadi apa kaitannya dengan Marc Marquez?

Jika anda perhatikan teknik tunggang Marc Marquez, beliau sangat bijak mengimbangi motosikalnya sewaktu keluar dan masih ke selekoh. Marc menggunakan siku dan lututnya untuk “menolak” motosikal ke arah bertentangan, seringkalinya ketika beliau berada dalam selekoh dan bila hilang keseimbangan.

Teknik tersebut ternyata berkesan dan Bosch menggunakan konsep yang sama. Ketika penunggang hilang arah tunggangan, jet roket ini akan ditembak bagi “meluruskan” kedudukan motosikal.

Sudah tentu, ia masih di peringkat idea awal. Ia perlu banyak konfigurasi dan kajian untuk memastikannya benar-benar berkesan.

 

 

Google ads
Back to top button