Buletin

BRC 2024 – CHIRS INGRAM MUNCUL JUARA BRC MUSIM 2024

Pemandu pilihan musim ini, Chris Ingram berjaya muncul sebagai juara Probite British Rally Championship (BRC) musim ini apabila berjaya memenangi perlumbaan terakhir di Visit Conwy Cambrian Rally hujung minggu baru ini.

Chris Ingram yang merupakan bekas pemenang kejuaraan FIA European Rally Championship (ERC) berpasangan dengan Juruarah Alex Kihurani memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang menggunakan tayar Michelin berjaya mengharungi perlumbaan merentasi utara Wales untuk mengekalkan pendahulu perlumbaan sekali gus muncul sebagai pemenang di Visit Conwy Cambrian Rally sekali gus muncul juara BRC musim ini.

Ternyata keputusan ini merupakan suatu keputusan yang cukup melegakan buat Chris Ingram sementelah beliau memberikan segalanya untuk musim ini. Ianya merupakan suatu pertandingan yang menakjubkan serta sukar.

Kemenangan Chris Ingram ini membolehkan nama beliau berada sebaris dengan nama lagenda yang lain yang pernah menempa kejuaraan BRC seperti Colin McRae, Richard Burns dan juga Elfyn Evans.

Podium kedua di Visit Conwy Cambrian Rally menjadi milik pemandu muda William Creighton yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2. Untuk rekod William Creighton juga sebenarnya berada dalam pemburuan mahkota BRC musim ini disamping beberapa nama seperti Osian Pryce dan Keith Cronin.

William Creighton, yang telah menggunakan Joker penambah mata secara strategik untuk perlumbaan akhir ini, telah memberikan segala yang beliau ada. Walaupun menggunakan kelebihan Joker dan paparan yang sempurna, namun beliau tidak dapat mengatasi rentak dan kelajuan yang dimiliki Chris Ingram, akhirnya akur untuk menduduki tempat kedua dalam kedua-dua Rali Cambrian dan kedudukan BRC secara keseluruhan musim 2024 ini.

Malang menimpa buat Keith Cronin yang cuba untuk memburu kejuaraan kelima BRC musim ini apabila jentera Ford Fiesta Rally2 yang dipandunya mengalami masalah dengan stereng.

Melengkapkan podium adalah Osian Pryce yang turut memandu Ford Fiesta Rally2. Beliau juga sebetulnya tidak mendapat kelajuan yang dimahukan untuk cubaan mengejar pemandu dihadapan.

Kredit Foto : FB BRC

BACA : BRC 2024 – CHRIS INGRAM MENANG BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2

BACA : BRC 2024 – KEITH CRONIN MUNCUL JUARA PERLUMBAAN KETIGA DI JIM CLARK RALLY

Google ads

B K

Back to top button