Buletin

TOYOTA GR YARIS RALLY2 DENGAN LIVERY CASTROL AKAN BERAKSI DI BRISTISH RALLY CHAMPIONSHIP

Pemandu rali Meirion Evans dan juga Chris Ingram sahih akan menyertai perlumbaan British Rally Championship (BRC) 2024 bersama jentera baharu, Toyota GR Yaris Rally2. Mereka berdua akan bersatu untuk membentuk pasukan MEM Castrol Rally Team untuk beraksi di dalam BRC musim ini.

Pasukan MEM Castrol Rally Team ini akan dikendalikan oleh mantan juara pasukan BRC dua kali Melvyn Evans Motorsport bersama dua buah jentera baharu yang disediakan oleh Toyota Gazoo Racing di Finland yang akan dipandu Meirion Evans dan Chris Ingram. Menariknya kedua jentera yang mula mendapat perhatian seluruh dunia ini akan menggunakan livery Castrol yang cukup ikonik buat pengeluar daripada Jepun ini.

Meirion Evans, bersama Juruarah Jonathan Jackson, akan terlebih dahulu menjadi yang pertama memandu jentera baharu itu terlebih dahulu dalam siri perlumbaan rali yang utama di UK,  bermula dengan perlumbaan di North West Stages hujung minggu ini (22 & 23 Mac).

Selepas persembahan memberangsakan di Ireland dengan permukaan aspal dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta beberapa program perlumbaan lain di BRC, pemandu dari Wales tersebut akan  untuk menumpukan perhatian untuk beraksi penuh dalam kalendar BRC musim 2024 ini.

Manakala jentera ereta kedua Toyota GR Yaris dijangka mula dihantar menjelang pusingan ketiga kalendar BRC yang akan dipandu oleh juara FIA European Rally Championship (ERC) 2019 Chris Ingram dan berpasangan bersama Juruarah dari Amerika Syarikat Alex Kihurani yang telah mengumumkan hasrat mereka baru-baru ini untuk menyertai BRC musim ini.

Pasukan MEM Castrol Rally Team yang baharu ini telah memberi penghormatan kepada livery Castrol yang cukup sinonim dengan perlumbaan rali bersama Toyota, turut mempamerkan jentera rali Castrol milik bekas pemandu Carlos Sainz Castrol, Toyota GT-Four ST185 yang kini dimiliki oleh Nicky Grist pada acara pelancaran mereka yang diadakan di kawasan perhutanan negara di Rolls of Monmouth.

Untuk rekod, Chris Ingram adalah pemandu British pertama yang memenangi kejuaraan FIA European Rally Championship (ERC) 2019, pertama dalam tempoh 52 tahun. Manakala Meirion Evans pula merupakan anak kepada pemilik pasukan Melvyn Evans yang turut berpengalaman memandu beberapa buah jentera rali seperti Volkswagen Polo GTI R5, Škoda Fabia R5, Hyundai i20 R5 dan jugaFord Fiesta R5.

BACA : KELIBAT PROTON IRIZ RALLY2 DI BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP MUSIM 2024

BACA : BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX JUARA DI MODERN TYRES ULSTER RALLY

Google ads

B K

Back to top button