
INI CIRI ISTIMEWA MINYAK PELINCIR UNTUK ENJIN DIESEL
Enjin diesel adalah enjin yang beroperasi dengan cara yang berbeza berbanding dengan enjin petrol. Ia menggunakan kaedah letupan yang terhasil apabila udara dimampatkan, dicampurkan dengan diesel dan dipanaskan pada suhu yang tinggi sehingga meletup tanpa bantuan palam pencucuh.
Disebabkan tekanan yang tinggi, enjin diesel dibina dengan lebih tebal, lebih berat dan mengghasilkan lebih banyak haba berbanding dengan enjin petrol. Namun sama seperti enjin petrol, enjin diesel juga memerlukan minyak pelincir uantuk memastikan semua komponen enjin beroperasi dengan lancar tanpa masalah
Tetapi minyak pelincir untuk enjin diesel adalah berbeza sedikit berbanding dengan enjin petrol adalah kandungan bahan tambahan (aditif) yang digunakan untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan ketahanan enjin, mencegah penghasilan karat, bahan detergen untuk mencegah pembentukan enapan karbon dan bahan anti geseran.
Perbezaan utama minyak pelincir untuk enjin diesel ialah bahan aditif yang digunakan adalah lebih banyak berbanding dengan minyak pelincir untuk enjin petrol. Keadaan ini disebabkan kapasiti enjin diesel adalah lebih besar berbanding dengan kapasiti enjin petrol.
Jika minyak pelincir enjin petrol menggunakan kuantiti bahan aditif yang sama banyak dengan enjin diesel, kandungan bahan aditif adalah terlalu banyak yang akan menyebabkan penghasilan asap dan menjejaskan integriti operasi enjin.
Minyak enjin juga adalah sensitif dengan perubahan suhu dengan suhu yang tinggi akan mengubah kelikatan minyak pelincir. Suhu yang sejuk menjadikan minyak pelincir semakin likat, semakin tinggi suhu maka minyak pelincir menjadi semakin cair. Jika anda perasan, minyak masak boleh membeku pada suhu yang sejuk, keadaan sama yang boleh menjejaskan enjin pada suhu yang sejuk
Seperti yang disebut di atas, enjin diesel beroperasi pada suhu yang lebih tinggi, apatah lagi kebanyakan enjin diesel menggunakan turbo bagi menjana kuasa enjin yang lebih baik. Masalah dengan enjin diesel ialah, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk panas berbanding dengan enjin petrol.
Manakala kebanyakan minyak pelincir untuk diese direka dengan kelikatan yang lebih tinggi berbanding dengan minyak pelincir untuk petrol. Jadi minyak pelincir untuk diesel direka supaya berupaya untuk lebih mudah mengalir pada suhu yang sejuk dan pada masa yang sama masih lagi melindungi enjin pada suhu yang tinggi dan tekanan yang tinggi
Sebagai contoh minyak pelincir untuk kegunaan lori komersial datang dengan kelikatan 15W-40 dan ada juga ditawarkan dalam spesifikasi 20W-50. Sebagai perbandingan, minyak pelincir untuk kereta penumpang biasa ditawarkan dalam spesifikasi 0W-20 , 0W-40 dan juga 10W-50.



