Buletin

AIRBUS BAKAL PERKENAL 3 PESAWAT SIFAR EMISI

Syarikat aeronatik terkemuka Aibus telah mendedahkan 3 rekaan pesawat baru dengan konsep sifar emisi dan dijangka akan mula memasuki servis penerbangan bermula tahun 2035. Dari aspek kejuruteraan, bagi memastikan pesawat mereka sifar emisi, jurutera Airbus telah meneroka pelbagai cara bagi tujuan tersebut.

Ini termasuklah rekaan yang lebih aerodinamik serta penggunaan teknologi bahan api hidrogen sebagai bahan bakar utama berbanding bahan api kerosin.

“Ini merupakan momen paling bersejarah dalam industri penerbangan secara keseluruhan dan Airbus akan memainkan peranan utama dalam teknologi ini. Kami percaya penggunaan hidrogen dalam bentuk sintetik dan sebagai bahan bakar utama dalam penerbangan memiliki potensi yang besar dalam mengurangkan emisi dalam dunia penerbangan” kata Guillaume Faury, CEO Airbus.

Terdapat 3 konsep rekaan pesawat yang diperkenalkan oleh Airbus dengan kod “ZEROe” iaitu pesawat turbofan, turbopropeller dan sebuah pesawat yang menyerupai rekaan delta wing seperti yang digunakan oleh pesawat Concorde (bukan Concodey)

Pesawat turbofan dengan kapasiti 120-200 penumpang berupaya untuk melakukan penerbangan sejauh 2000 batu nautika untuk penerbangan merentasi benua. Enjin gas turbin telah diubahsuia untuk beroperasi dengan bahan api hidrogen. Hidrogen cecair akan disimpan dan diedarkan kepada enjin turbin menerusi tangki simpanan khas.

Sebuah pesawat turbo propeller dengan kapasiti sehingga 100 penumpang juga diperkenalkan dengan menggunakan bahan api hidrogen. Enjin gas turbin telah dimodifikasi untuk beroperasi dengan hidrogen mampu melakukan penerbangan sejauh 1000 batu nautika sesuai untuk penerbangan jarak dekat.

Satu pesawat yang lebih besar dengan rekaan Delta Wing pula mampu memuatkan 200 penumpang dalam satu masa. Rekaan sayap dan fiuslaj yang bersambung membolehkan ruang yang lebih besar bagi menyimpan hidrogen serta kargo yang lebih besar. Untuk pesawat ini, ia akan menggunakan enjin turbofan

Airbus menyatakan antara cabaran utama ialah ia memerlukan pihak berkuasa lapangan terbang untuk menaiktaraf kemudahan menyimpan dan mengisi semula bahan api pada pesawat. Sokongan kerajaan juga diperlukan bagi menyokong aktiviti kajian yang mendalam bagi membolehkan hidrogen digunakan sebagai bahan bakar pesawat.

Google ads
Back to top button