Buletin

BUGATTI CHIRON KINI DITAWARKAN DENGAN BUMBUNG KACA. OK. SILA BELI YANG INI.

Bugatti telah mendedahkan Chiron dengan pilihan terbaru – bumbung Sky View. Ia didatangkan dengan panel bumbung kaca untuk Chiron yang sedia ada.

Ia tidak seperti Veyron Grand Sport atau Vitesse yang ditawarkan sebelumnya, tetapi sebuah opsyen bumbung berkaca.

Bumbung Sky View Bugatti terdiri daripada dua panel kaca tetap, masing-masing berukuran 65 x 44 sentimeter (atau kira-kira 2 x 1 1/2 kaki). BUgatti mendakwa ia diperbuat daripada “struktur berlapis yang baru dibangunkan” dengan empat lapisan yang diapit oleh kaca nipis.

Mereka bukan sahaja membiarkan sinar matahari masuk, tetapi menawarkan ruang kepala tambahan 2.7cm untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

Kaca yang dipasangkan pada model ini direka untuk menyaring radiasi ultraviolet yang berbahaya dan dalam masa yang sama menghilangkan haba. Kaca itu juga direka dengan berwarna gelap untuk melindungi privasi penghuni. 

Dengan menggunakan dua panel kaca yang lebih kecil dalam struktur bumbung yang tetap (bukannya satu set kaca untuk pemandu dan penumpang), Bugatti mengatakan ia dapat mengekalkan kekukuhan struktur Chiron yang asal.

BACA: CHIRON SPORT DILANCARKAN. RM12.5 JUTA!

Pembeli yang berminat boleh memilih opsyen Sky View sekarang dengan kos tambahan yang tidak didedahkan (dan pastinya harga meninggal kami rasa)

Google ads
Back to top button