Buletin

CEO MASUK PENJARA, AUDI KINI TERDESAK MENCARI BOSS BARU

Ketua Pegawai Eksekutif Audi, Rupert Stadler telah ditangkap pada bulan lalu dan sedang menjalani hukuman penjara.

Beliau didapati bersalah dalam skandal Dieselgate Volkswagen yang menggemparkan dunia dua tahun lalu. Beliau dilihat tidak akan dibebaskan dalam waktu terdekat, malah jika dibebaskan sekalipun, tidak mungkin Stadler menduduki semula posisi sebagai CEO.

Menurut Automotive News, Kumpulan Volkswagen akan melantik pengarah jualan BMW, Markus Duesmann sebagai CEO Audi bagi menggantikan posisi yang dikosongkan Stadler. Beliau dikatakan akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2019.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila syarikat ‘sailang’ boss dari pesaing mereka kerana ia adalah perkara biasa dalam industri. Mereka perlu ambil orang yang berpengalaman dalam industri ini.

BACA: BEKAS EKSEKUTIF VW DIPENJARA 7 TAHUN

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Herbert Diess juga pernah bekerja di BMW sebagai ketua bahagian pembelian sehingga 2015.

Tapi, kenapa Deusmann tidak bekerja lebih awal di Audi? Khabarnya, kontraknya dengan BMW belum tamat sehingga musim luruh ini. Ia mungkin juga termasuk dalam klausa yang menghalangnya daripada bekerja untuk pesaing dengan serta-merta. Terdapat tempoh ‘berehat’ yang sepatutnya.

Duesmann ialah seorang jurutera mekanikal dan telah bekerja di BMW sejak tahun 2007. Sebelum itu, beliau bekerja di Mercedes-Benz sebagai ketua enjin bagi divisyen Formula 1.

Buat masa ini, CEO Audi masih kosong dan posisi tersebut disandang sementara oleh Ketua unit Jualannya, Bram Schot.

Audi sebenarnya mempunyai pasaran yang bagus tahun ini. Beberapa minggu yang lalu mereka melaporkan bahawa penghantaran di seluruh dunia meningkat 4.5 peratus sejak awal tahun ini dengan jumlah keseluruhan 949,300 unit.

Tags
Google ads
Back to top button