Buletin

LELAKI BAWAH 21 HARAM AMBIL LESEN MEMANDU – PAKAR KESELAMATAN JALAN RAYA AUSTRALIA

Sekumpulan pakar keselamatan jalan raya di Australia bercadang untuk mengharamkan lelaki mengambil lesen memandu sehingga mereka mencapai umur 21 tahun.

Kertas cadangan tersebut telah pun dihantar kepada kerajaan negeri New South Wales bagi menangani peningkatan kadar kemalangan yang berlaku terutama melibatkan golongan pemandu muda.

Ann Williamson, seorang professor emeritus dari Australasian College of Road Safety berkata, berdasarkan statistik pemandu dibawah usia 25 tahun menyumbang kepada hampir 25 peratus kadar kemalangan di NSW.

Beliau turut berkata lebih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan dengan mengenakan sekatan kepada golongan pemandu muda.

“Golongan ini amat mudah terdedah dengan risiko kemalangan untuk tempoh enam bulan pertama selepas mendapat lesen,” Williamson memberitahu The Guardian.

“Terdapat banyak sekatan dikenakan terhadap pemandu muda dan tidak berpengalaman, namun ia tidak cukup. Jelas sekali tidak mencukupi,” jelasnya lagi. – Carscoops

Google ads
Back to top button