
BUICK ELECTRA-LT CONCEPT – WAGON ELEKTRIK YANG ORAIT JUGA KAN?
Pengeluar berasal dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan dua buah model konsep elektrik bersempena dengan Beijing Auto Show, namun salah satunya cukup menarik perhatian terutamanya buat mereka yang sudah berkeluarga. Ianya adalah model Buick Elektra-LT Concept, sebuah model wagon elektrik sepenuh.
Buick Electra-LT mewarisi konsep reka bentuk tulen Buick yang baharu, menekankan gabungan fungsi dan bentuk organik. Diinspirasikan oleh “Estetika Aliran Tenaga”, ia menghasilkan permukaan dengan deria aliran dan ketegangan yang kuat, menyahbina garisan berlebihan; warna badan kuning menggabungkan cahaya dan kecerahan, seumpama bintang bergemerlapan di malam hari yang gelap.

Buick Elektra-LT yang berkonsepkan wagon tampil dengan imej yang cukup elegan dan sporty mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Namun khabarnya, dua model yang dipertontonkan ini, (sebuah lagi Buick Elektra-L, model sedan) ini hanya khusus untuk pasaran China sahaja.
Sekali imbas, kita boleh melihat betapa besarnya model ini. Ianya mempunyai ukuran panjang 5,036 mm, lebar 1,950 mm dan juga jarak titik roda 3,000 mm.
Sebagai model bersaudara, sudah tentu rekaan di bahagian hadapan Buick Elektra-LT ini mempunyai persamaam seperti model Buick Elektra-L dan yang membezakan sudah tentu rekaan garis bumbung yang dipotong ramping. Juga terdapat spoiler kecil yang dinamik di bahagian belakang bagi membolehkan aliran udara melepasi badan kereta, sekali gus mengurangkan seretan udara.

Juga terdapat rel pada bahagian bumbung bagi membolehkan lebihan muatan dimuatkan di bahagian atas seperti bagasi, papan luncur, basikal dan tidak lupa juga almari pasang siap IKEA. Dan melengkapkan penampilan luaran yang cukup sporty ini adalah rim bersaiz 21 inci berwarna gelap.
Menariknya, kedua model konsep ini turut akan menggunakan sistem suspensi udara bagi membolehkan pemandu membuat pilihan tetapan dengan keupayaan untuk menaikkan sehingga 1.5 inci

Walau pun tiada maklumat rasmi tentang trenkuasa yang dibekalkan, namun boleh diduga ia akan menggunakan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 342 HP dengan jarak perbatuan sekitar 435 batu (700 km).
BACA : BUICK ENVISION 2021 SERBA BAHARU
BACA : PERSAINGAN BERTAMBAH SENGIT, PERANG HARGA NEV SEMAKIN RANCAK DI CHINA


