ISUZU MALAYSIA PERKENALKAN ISUZU INSURANCE PRO
Isuzu Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Isuzu Insurance Pro, sebuah pelan insurans yang menyeluruh bagi memastikan perlindungan terbaik untuk pemilik dan kenderaan Isuzu.
Dengan Isuzu Insurance Pro, misteri dalam pembelian insurans kenderaan dapat diatasi dengan lebih mudah.
Isuzu Insurance Pro ditawarkan untuk semua kenderaan Isuzu, sama ada untuk pembelian baru atau pembaharuan polisi.
Pelan ini bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran melalui cadangan perlindungan yang menyeluruh, tetapi juga menawarkan manfaat terbaik dalam kelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, menyatakan, “Isuzu Insurance Pro menawarkan penyelesaian sehenti yang meliputi pelbagai kelebihan dengan polisi tersebut, bagi memastikan semua pelanggan kami menerima perlindungan secara eksklusif, dan juga pengalaman pemilikan kenderaan menenangkan.”
Dengan disokong oleh lima syarikat insurans dan takaful utama, Isuzu Insurance Pro melindungi semua model D-Max serta semua barisan trak tugasan ringan, sederhana, dan berat seperti ELF, FORWARD, dan GIGA, termasuklah prime mover.
Antara manfaat tambahan yang menarik termasuklah kelulusan pantas untuk sebarang tuntutan bawah RM20,000, servis tunda percuma tanpa had bagi perjalanan pergi-balik sejauh 300 km untuk D-Max, dan servis tunda percuma sebanyak tiga kali bagi perjalanan pergi-balik 100 km untuk model trak ELF.
Selain itu, Isuzu Insurance Pro juga menyediakan perlindungan percuma untuk semua pemandu, elaun banjir, elaun kunci akibat kemalangan atau kecurian, serta perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk pemegang polisi dan pemandu yang sah.
Kelebihan lain termasuklah bantuan tepi jalan 24/7, pengecualian bagi betterment dan excess selama 10 tahun, serta nilai dipersetujui sehingga 10 tahun untuk D-Max dan tahun pertama bagi trak Isuzu yang lain.
Semua tuntutan insurans di bawah program Isuzu Insurance Pro akan menggunakan alat ganti tulen Isuzu selagi kenderaan dihantar ke bengkel sah Isuzu untuk tujuan tuntutan.
Pembelian Isuzu Insurance Pro boleh dibuat melalui pengedar sah Isuzu bermula 5 Ogos 2024. Pelanggan terawal akan menerima hadiah istimewa berupa cenderahati eksklusif Isuzu Insurance Pro.
Untuk maklumat lanjut mengenai Isuzu Insurance Pro, hubungi pengedar sah Isuzu berdekatan anda atau layari https://aftersales.isuzu.net.my/isuzu-insurance-pro/.