Artikel PilihanBuletin

BUKTI KERETA ELEKTRIK MEMANG EFISYEN, TESLA INI TELAH BERGERAK SEJAUH 675,000 KM

Ketika mula diperkenalkan pada 2012, ramai yang sinis dengan kemampuan kereta ini, Tesla Model S. Kereta elektrik (EV) bersaiz penuh, komersial, mewah, dianggap idea gila Elon Musk, tetapi setelah enam tahun di pasaran, ternyata perjudian Tesla Motor benar-benar terbukti berjaya.

Dalam satu catatan pemilikan Tesla, perjalanan paling jauh yang ditempuh pengguna ialah 420,000 batu atau 675,000 kilometer. Seorang pengguna Model S yang dikenali sebagai @gem8mingen telah berkongsi datanya kepada umum dan memberitahu beliayu tidak menghadapi banyak kerenah walaupun telah memandu sejauh lebih setengah juta kilometer. Perjalanannya ialah bersamaan 150 kali dari Los Angeles ke New York.

BACA: TESLA AKAN BUKA KILANG DI CHINA.

Menurut data dari sebuah laman web bebas, keseluruhan Tesla yang ada di jalanraya hari ini telah menjalani perjalanan lebih 8.9 billion batu.

Keutuhan teknologi kenderaan EV ini disumbangkan oleh ringkasnya teknologi itu sendiri. Sebagai contoh, Tesla tak memerlukan penukaran minyak pelincir, penapis, palam pencucuh atau pemeriksaan emisi. Bagi pemilik Model S, brek pad pun jarang diganti kerana regenerative braking itu sendiri mengurangkan kehausan brek pad.

Ketiadaan peralatan bergerak seperti enjin pembakaran dalaman bermakna tiada gegaran yang menjadi tunjang utama kereta menjadi lebih tahan lama.

Dalam banyak situasi, apa yang dilakukan pusat servis Tesla ialah pemeriksaan rutin serta penjajaran roda, pemeriksaan tayar, bateri remote, pengelap cermin dan mengemaskini perisian terbaru jika ada.

Walaupun setelah mencatat perjalanan batuan yang tinggi, bateri Model S masih mampu menyimpan prestasi sehingga 80 peratus dari kapasiti asalnya.

BACA: KILANG TESLA AKAN BEROPERASI 24 JAM SEHARI

Sebenarnya ini, bukanlah mengejutkan pun. Baru-baru ini, sebuah syarikat di AS  -Tesloop telah menguji dan mencatat perjalanan model X sebanyak 300,000 batu (482,000km) dalam masa dua tahun.

Prestasi bateri selepas ujian ini hanya turun 12.6 peratus sahaja

 

 

Google ads
Back to top button