Buletin

1 JANUARI 2019. HARGA MINYAK RON95 KEKAL RM2.20 SELITER

Bercanggah dengan pengumuman yang telah dibuat sebelum ini di mana Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng memberitahu bahawa harga bahanapi petron RON 95 yang sepatutnta bermula tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Guan Eng berkata, setelah mendapat pandangan dari semua pihak, pelarasan harga minyak secara mingguan terpaksa ditangguh dalam tempoh beberapa hari lagi.

BACA: HARGA RON95 TURUN MULAI 2019

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) membantah cadangan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan. Lantaran itu, Jemaah Menteri akan mengadakan mesyuarat pada 2 Januari dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mencapai kata putus.

“Penetapan harga bulanan adalah bagus pada waktu harga minyak dunia sedang meningkat, secara tak langsung mengekang kenaikan mendadak perubahan harga, namun dalam keadaan harga dunia yang menurun, penetapan berdasarkan harga mingguan adalah lebih sesuai dan bermanfaat,” ujar beliau.

Mengikut peracangan sebelum ini, bermula 1 Januari, penetapan harga petron 95 akan dibuat secara mingguan mengikut kaedah sebelum ini. Bagaimanapun, mekanisme ini diperbaiki dengan menetapkan harga siling di mana harga paras maksimum pada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel walaupun apa juga harga minyak mentah dunia.

Buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Google ads
Back to top button