Buletin

APABILA NISSAN NV200 PUN GUNA KUASA BATERI – SEKIAN, SELAMAT DATANG KE DUNIA EV

Salah satu indikator teknologi baharu mula serius memasuki pasaran ialah apabila kereta kebanyakan atau komersil menggunakannya. Sebagai contoh sebelum ini kami ada siarkan tentang Renault Kangoo iaitu sebuah van komersil menggunakan teknologi EDC atau transmisi klac berkembar.

Sebelum itu lagi Honda sudah pun berani menawarkan transmisi klac berkembar i-DCD bukan sahaja satu tetapi untuk dua model di pasaran tempatan iaitu Jazz Hybrid dan City Hybrid.

Ini pula berkenaan teknologi kenderaan elektrik atau EV. Nissan boleh dikatakan syarikat yang berani mengeluarkan dan memasarkan EV secara besar-besaran. Lihat sahaja Nissan LEAF yang kini sudah memasuki generasi kedua.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dijangka akan terus menerajui pasaran EV memandangkan ahli terbaru mereka iaitu Mitsubishi turut mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam EV dengan model mereka sendiri.

Apa khabar Volkswagen, Toyota, Subaru, Honda, Mazda, Suzuki?

Nissan terus mengungguli segmen ini apabila pada 2 Oktober lepas mengumumkan penjualan Nissan e-NV200 dengan bateri baharu yang membolehkan van komersil ini dipandu lebih jauh. Pengenalan ini dibuat sempena acara Nissan Futures 3.0 di Oslo, Norway yang merupakan lokasi Ibu Negara Eropah Hijau untuk tahun 2019.

Bateri baharu itu berkuasa 40kWH yang menawarkan 60 peratus lebih jarak kepada 280km untuk cas penuh (NEDC). Menariknya bateri baharu itu mempunyai saiz sama seperti bateri lama yang bermaksud ruang kargo tidak terjejas. Inilah teknologi, semakin lama semakin baik.

Lebih penting ia bakal memberi faedah tambahan kepada pengguna dan pemilik bisnes memandangkan bateri baharu itu boleh membantu untuk bergerak 100 km lebih jauh berbanding bateri lama dengan cas penuh.

Selain itu, pengenalan ini adalah sebahagian daripada komitmen Nissan dalam mengurangkan tahap emisi COberbahaya di pusat bandar yang berpunca dari aktiviti perdagangan seperti penghantaran dan penerimaan barang.

Pengarah Kenderaan Elektrik Nissan Eropah, Gareth Dunsmore berkata “Dunia sekarang ini menuju ke arah elektrik, bermakna satu pemikiran semula perlu dibuat dalam aktiviti harian seperti memandu, bergerak dan penguasaan kehidupan kita.

Untuk menjadikan masa depan seperti itu berdaya maju, kita mestilah mewujudkan ekosistem elektrik bagi membolehkan kehidupan moden yang lebih bersih, selamat dan bersambung dengan semua orang.

Kenderaan 100 peratus yang lebih pintar dan bagus seperti e-NV200 sekarang ini berada di tengah-tengah paksi ekosistem tersebut untuk generasi sekarang dan akan datang.”

Nissan e-NV200 yang dilengkapi bateri baharu 40kWh boleh mula dipesan pelanggan Eropah sebelum hujung tahun ini.

BACA: PEJABAT BERGERAK NISSAN e-NV200 WORKSPACe

BACA: NISSAN DAH KELUARKAN 150 JUTA KENDERAAN – POWER BETEI!

Google ads
Back to top button