Buletin

BMW TAK PEDULI, TETAP BINA KILANG DI MEXICO – TRUMP BOLEH PERGI MENINGGAL

Sejak memenangi undian sebagai presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah memulakan kempen awal untuk “memaksa” industri automotif kembali melabur di Amerika.

Tanpa berselindung, beliau memberi amaran pada Ford supaya memindahkan operasinya dari Mexico atau berdepan dengan tarif cukai lebih tinggi untuk kereta yang dipasang di luar Amerika.

Kemudian, siren dibunyikan pada pengeluar lain seperti Toyota dan BMW. Tapi bukan semua orang nak layan ego Trump ni tuan-tuan. Mungkin dia ingat buat kereta ni perancangannya macam buat kilang kerepek agaknya. Boleh tukar strategi dan pindah sesuka hati ibubapa beliau.

BACA: JANJI TRUMP PADA SEKTOR AUTOMOTIF, TAK MASUK AKAL

BMW menegaskan yang mereka akan meneruskan perancangan membina kilang bernilai USD1Billion di Mexico.

Dalam satu kenyataan awalnya sebelum ini, Trump mengkritik pengeluar seperti BMW, Mercedes dan Volkswagen tidak mengeluarkan kereta lebih banyak dari kilang mereka di Amerika.

“Jika anda nak buat kereta, saya doakan yang terbaik. Anda boleh buat kereta untuk Amerika tapi setiap kereta yang diimport masuk, kami akan kenakan cukai 35 peratus. ” ujar Trump.

BACA: RANGER KEMBALI KE PASARAN AMERIKA

BMW nampaknya buat tidak peduli sahaja dengan amaran Trump. Mereka tetap akan meneruskan projek pembinaan kilang terbaru di San Luis Potosi yang mampu menghasilkan 150,000 unit kereta BMW model 3 series pada 2019.

Mereka telah merancang lebih awal. Menurut Peter Schwarzenbauer, ahli Lembaga Pengarah BMW, kilang mereka di Afrika Selatan akan memberhentikan produksi model 3 series dan akan mengeluarkan SUV X3 untuk pasaran Amerika.

Kilang di Mexico akan beroperasi sepenuhnya untuk produksi 3 series bagi pasaran global bermula 2019. Ia sangat bergantung kepada analisis pasaran waktu itu. Mereka tidak hanya bergantung pada pasaran Amerika.

Google ads
Back to top button