Buletin

PAGANI ZONDA TRICOLORE, HANYA 3 UNIT DI DUNIA. SIRI NO 2 UNTUK DIJUAL.

Pagani Automobili S.P.A adalah syarikat yang sangat dihormati dalam industri automotif. Diasaskan oleh Horatio Pagani yang merupakan pembekal kepada Lamborghini. Syarikat ini telah menghasilkan kepingan seni paling diingati di dunia Pagani Zonda.

Kurang 200 sahaja model ini dari pelbagai siri telah dikelurkan sejak tahun 1999 hingga 2011. Jika Zonda itu sendiri kereta yang rare tetapi model Tricolore ini adalah super rare. Hanya 3 sahaja yang dibina oleh Pagani Automobili pada tahun akhir pengeluarannya.

BACA: ULTRA RARE LAMBORGHINI VENENO COUPE

BACA: MOTOSIKAL LOTUS PALING RARE DI DUNIA

Ia dinamakan sempena ulangtahun ke 50 Frecce Tricolori, skuad akrobatik tentera udara Itali. Tricolore ini dibina daripada asas model Zonda Cinque yang menggunakan keranga titanium, transmisi separa automatik dengan enjin 7.3 liter V12 dari AMG.

Kuasa? 670 kuasa kuda dengan pecutan 0-100km/j dalam 3.2 saat. Bukan lah besar kalau dibandingkan dengan Mc Laren P1 atau Ferrari 599XX tetapi Zonda adalah tentang rekabentuk dan juga kepingan seni. Ia sebuah kereta yang lain daripada yang lain.

Zonda Tricolor didatangkan dengan kemasan gentian karbon warna biru yang diselang-seli dengan karbon kering hitam. Rodanya berwarna emas dan pengangkup brek warna biru. Bahagian dalamannya memang cantik betul, susunan, nilai kraftangan dan sentuhan setiap bahan binaannya memang terbaik yang pernah dihasilkan dalam dunia automotif.

Zonda Tricolore siri nombor 2 ini disenaraikan untuk dijual di Riyadh, Arab Saudi oleh Seven Car Lounge. Walaupun tiada harga yang dinyatakan, untuk pasaran hari ini, Zonda edisi khas berada pada harga sekitar USD 5 juta atau RM22 juta duit 1Malaysia.

Banyak juga kereta hypercar dan eksotik merupakan buatan tangan seperti Koenigsegg tetapi Zonda adalah revolusi pembuatan dari seorang pereka yang obses pada seni. Horatio Pagani sendiri terlibat dalam pembinaan dari awal.

Jika anda pernah tonton dokumentari pembikinan kereta ini lihat bagaimana perkakasan sekecil tetulang gandar pun dibuat sebagai berfungsi dan CANTIK. Itu benda kat bawah undercarriage kereta kot.

Sudah lah tu, lap air liur yang meleleh tu.

Google ads
Back to top button